khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday, 11 January 2012

kegunaan kayu manis

 



Nama Tempatan : Kayu Manis

Nama Saintifik : Cinnamomum Zeylanicum

Nama Lain : Cinnamon, Ceylon Cinnamon, Gui, Gui Zhi(China), Cassia ,Wood

Famili : Lauraceae

Kegunaan:
* Kulit kayu manis apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang digunakan dalam masakan.
* Minyak pati dari kulit kayu manis banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi
untuk menghasilkan kesan yang menenangkan jiwa.
* Kayu manis juga digunakan untuk melawaskan pembuangan najis, penawar cirit birit (membunuh bakteria e-coli) dan penahan sakit.
* Ia juga merupakan anti bakteria semula jadi yang dapat mencegah pembentukan plak gigi dan kerosakan gigi.
* Ia juga dapat melegakan senak perut dan juga menghilangkan rasa mual dan loya terutamanya pada wanita hamil.