khazanah alam
dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Showing posts with label cili padi. Show all posts
Showing posts with label cili padi. Show all posts
Tuesday, 29 April 2014
Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan :
2 keping tempe
250 gm paru - direbus
250 gm daging - direbus
2 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
6 biji ciliapi - dihiris
1/2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
4 ulas putih*
3 biji buah keras*
3 batang serai*
2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
3 sudu besar udang kering* - semua bahan* dikisar
1 sudu makan pes asam jawa ADABI
2 cawan santan
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
Tempe, paru dan daging dipotong dadu.
Panaskan minyak dan goreng dahulu tempe kemudian paru dan daging. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak. Masukkan pes asam jawa dan garam.
Masukkan daging dan paru diikuti santan. kacau sebati dan masak hingga mendidih.
Masukkan tempe yang digoreng dan semua cili yang dihiris.
Kacau hingga rata dan pekat.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.
sumber dari: zalinah.blogspot.com/
Saturday, 29 March 2014
cili padi restaurant ambon

Jln Said Perintah No 52 Depan Sibu-Sibu Cafe, Ambon 97126, Indonesia
911348736
Labels:
cili padi
Thursday, 5 September 2013
menyembuhkan bisul
Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.
Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.
Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih ya.
Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.
Petuanya – anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.
sumber dari: zainabsgarden.com
Labels:
cili padi
Bird’s eye chilli
We brought a few of this tiny chillies to the last swap. Don’t be fooled by its size, it’s small but hot. According to wikipedia, it measures 50,000 – 100,000 Scoville units. That sure sounds very hot but I don’t need the numbers to tell me it’s hot!
We call this ‘cili padi’ in Malay but its name in Chinese is translated to “chilli that points to the sky”. You can see why from this picture of my plant. The chillies actually point upwards.

So for those of you who like it hot, this is a great chilli to plant as the chillies being small, will save you space while giving you the hotness in a small fruit

sumber dari: croydonfoodswap.wordpress.com
Labels:
cili padi
agen pelindung penyakit ulser

Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.
Jika menurut rujukan yang saya buat, buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat sakit perut dan taun. Buah cili padi boleh direbus dan air rebusannya diminum bagi merawat demam, busung , gout, kepialu, sakit kuning, sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya juga boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak.
sumber dari: fazlisyam.com
Labels:
cili padi
Petua Menyimpan Cili Padi
Caranya:
1. Buangkan tangkai dari cilinya.
2. Basuh bersih cilinya
3. Lapkan cili dengan tissue towel hingga kering.
5. Alaskan bahagian dasar tupperware dengan tissue towel sekurang-kurangnya 4 lapis.
6. Letakkan cili padi didalam tupperware.
7.Tutup rapat tupperware, simpan didalam peti sejuk.
sumber dari: ummiazilla.blogspot.com
Labels:
cili padi
Jeruk Cili Padi
Bring on the heat. Uncle Vince's Jeruk Cili Padi is NOT for the weak tongue-ed. A Dare Devil consumers' must have for every Firey meal. For wannabe's, try this sparringly with rice, porridge or with noodles.
Please recap unused portion and refrigerate. Always use a DRY and Clean spoon for serving as the product contains NO Preservatives and Artificial Colouring.sumber dari: unclevincespickles.com.my
Labels:
cili padi
Subscribe to:
Posts (Atom)