khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 2 May 2014

Menghilangkan Ulser Mulut








Bekerja dalam ofis bertutup dengan air-cond dari 9 pagi sampai 6 petang , memang aku tak tahu macam mana keadaan suhu dekat luar. Enche Fendy ada merungut 2,3 hari ni panas membahang. Tapi bila dalam mulut ada ulser, ha baru aku mengaku panas betul sekarang kan..? Hehe..
Ulser mulut boleh terjadi bukan je disebabkan suhu luar dan suhu badan yang panas, tapi kalau sambil makan tergigit pun boleh jadi juga. Luka sikit pun cepat je bakteria dan kuman dalam mulut datang berkampung, maka jadilah ulser mulut.

Antara petua yang boleh dicuba;

  • Tempekkan asam jawa kat tempat ulser. Pedih sikit lah, tapi boleh kecutkan ulser dengan cepat. Boleh juga pakai asam keping @ asam gelugor. Ni petua mak aku yang bagi.
  • Letak garam halus sikit kat tempat ulser, tapi pedih yaaa amaaatt…aku takut nak try..haha
  • Boleh juga tenyehkan madu asli kat ulser tu. (tau tak tenyeh? Hehe..sapu la)
Selain tu boleh amalkan;
  • Kemam ais dalam mulut, terutamanya ditempat ulser tu.
  • Banyakkan makan betik yang disejukkan terlebih dahulu.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Minum air barli suam.
  • Minum air gula batu.
  • Berus gigi pakai ubat gigi Oral B.
Kalau ulser tu degil juga lagi, pergi je lah klinik…biasa doktor akan suggest oral aid atau bonjela. Ok selamat mencuba!



sumber dari: froyoplus.com/