khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Tuesday 29 April 2014

Sambal Goreng Jawa







Bahan-bahan :
2 keping tempe
250 gm paru - direbus
250 gm daging - direbus
2 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
6 biji ciliapi - dihiris
1/2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
4 ulas putih*
3 biji buah keras*
3 batang serai*
2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
3 sudu besar udang kering* - semua bahan* dikisar
1 sudu makan pes asam jawa ADABI
2 cawan santan
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Tempe, paru dan daging dipotong dadu.
Panaskan minyak dan goreng dahulu tempe kemudian  paru dan daging. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak. Masukkan pes asam jawa dan garam.
Masukkan daging dan paru diikuti santan. kacau sebati dan masak hingga mendidih.
Masukkan tempe yang digoreng dan semua cili yang dihiris.
Kacau hingga rata dan pekat.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.



sumber dari: zalinah.blogspot.com/