khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 13 January 2012

acar darat ber cengkih

 


Acar begini memang sesuai sangat dipadankan dengan nasi beriani atau pun nasi minyak yang dah tersedia berminyak. Walaupun acar ini ringkas tapi sedap, terasa udang keringnya dan rasa masam-masam manis tu buatkan selera makan bertambah-tambah.
Bahan-Bahan:
 
2 biji timun, kerat, belah 2, buang empulur dan hiris macam anak mancis *
3/4 camca teh serbuk kunyit *
1/2 camca teh garam* (*digaul rata)
1 batang lobak merah, buang kulit, hiris dan potong macam anak mancis
1 biji lada merah, belah dua, buang biji, hiris macam anak mancis
1 biji lada hijau, belah dua, buang biji dan hiris macam anak mancis
10 biji bawang merah, belah 2 setiap biji
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap biji
1 inci halia, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/3 cawan cuka makan
sedikit biji sawi 
gula dan garam secukup rasa


Caranya:
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan biji sawi hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
  • Tambah gula (dalam 1/4 cawan), dan bila gula memekat, masukkan lobak merah, hirisan cili hijau dan merah, kacau hingga rata. Masak sekejap dan masukkan timun (toskan dahulu). Gaul hingga sebati. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  • Masak hingga sedikit kering dan timun sedikit lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih...