khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 13 January 2012

biskut cengkih custard




Bahan-bahan:
180gm marjerin
150gm gula aising
2 biji kuning telur
120gm tepung kastad
150gm tepung jagung
250gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk vanila
1 sudu teh serbuk bunga cengkih
150gm gula aising
1/2 sudu teh pewarna hijau
20gm bunga cengkih

Cara memasak:
1. Pukul marjerin dan gula aising hingga kembang.
2. Setelah itu, masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
3. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung kastad, tepung gandum, serbuk penaik, serbuk vanila dan serbuk bunga cengkih. Gaulkan rata hingga menjadi adunan.
4. Terapkan adunan dengan acuan berbentuk daun dan bakar pada suhu 180ºC selama 20 minit.
5. Cairkan gula aising dengan sedikit air suam dan campurkan dengan pewarna hijau. Kacau rata.
6. Akhir sekali, celupkan permukaan biskut dengan bancuhan gula aising tadi dan hiaskan dengan bunga cengkih