khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 13 January 2012

udang goreng lada hitam




Bahan-bahan:
  • Udang (digaul garam dan kunyit)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Halia (dihiris nipis)
  • Bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • Cili merah (dihiris)
  • Kacang panjang (dihiris)
  • Tomato (dibelah 4)
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Kicap manis
Cara memasak:
  1. Goreng udang separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumis kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, sos tomato dan sos tiram. Tambahkan sedikit air jika terlampau pekat.
  4. Masukkan halia , bawang besar dan kacang panjang. Gorengkan sebentar sehingga kacang panjang hampir masak.
  5. Masukkan udang dan buah tomato. Goreng sehingga masak.
Tips: Jika kuah terlalu cair, bancuh 2 sudu air bersama 1 camca teh tepung jagung dan campurkan ke dalam masakan.