khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Thursday, 12 January 2012

Sup Labu Air Tumis Lada Hitam





Bahan-bahan:

  • Sebiji labu Air (dipotong kiub/dadu)
  • Segenggam Ikan Bilis (dibersihkan)
  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Satu camca teh lada hitam
  • 2 cawan air
  • 5-7 biji cili padi (boleh dilebihkan atau dikurangkan mengikut kesukaan)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Segenggam daun kesum
  • Secubit belacan
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu minyak

Cara memasak:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam, asingkan. Tumbuk pula cili padi, asingkan. Tumbuk ikan bilis dan asingkan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis campuran bawang dan lada hitam.
  3. Apabila bawang sudah sedikit garing, masukkan ikan bilis. Tumiskan sekejap.
  4. Masukkan air dan labu air. Kacau.
  5. Apabila air sudah panas, masukkan cili padi, kiub ikan bilis dan belacan.
  6. Masak seketika sehingga labu air mula empuk. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Apabila labu mulai masak, masukkan daun kesum. Kacau seketika.
  8. Bolehlah dihidang.

Note:

  1. Enak dimakan bersama nasi , ikan goreng dan sambal belacan.
  2. Jika ingin diet, boleh terus masukkan bahan-bahan tumbuk terus ke dalam air tanpa menumis.
  3. Boleh gantikan kiub dengan satu camca teh ajinomoto.
  4. Belacan juga boleh digantikan dengan satu sudu besar budu. Lebih sedap.

Ps: Sup saya sedikit merah kerana menggunakan minyak masak carotino dan dimasukkan budu. Selamat mencuba.