khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 January 2012

khasiat ubatan bunga lawang





Buah:

Mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merangsang dan melawaskan penghasilan susu, stimulant, tonik perut, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merawat batuk kokol, cirit, demam panas, gastrik, gelisah, hernia, insomnia, konstipasi, kulit berminyak, lumbago, mual, mulas perut, muntah, penyakit kanak-kanak bengkak leher dan sukar bernafas, dan spasma. Buah dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.


Daun, Kulit Kayu, dan Kayu:

Merawat lumbago dan reumatisme.


Kandungan:

Buah-asid anisik, kolesterin, minyak esen, minyak tetap, protein, asid protokatecuik, asid sikiminik, dan tannin. Minyak lawang mengandungi lebih kurang 20 sebatian (antaranya alfa-pinen, anetol, anisaldehid, beta-felandaren, karen, foenikulin, limonene, linolool, metilcavikol, nerolido, 1-felandren, dan 1- pinen).