khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 13 January 2012

ketam masak lada hitam




Bahan-bahan
400g ketam ( 3-4 ekor)
1/2 ulas bawang besar ( dikisar)
4 ulas bawang putih( dikisar)
4-5 biji cili kering(dikisar)
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam -jika tiada boleh guna lada hitam yang ditumbuk
sedikit gula dan garam


Cara-cara


  1. Goreng ketam. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga garing sedikit, kemudian masukkan cili dan kacau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos lada hitam. Tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan ketam tadi dan kacau hingga rata.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Masak sehingga semua ketam digaul rata dan kering sedikit.