khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Thursday, 12 January 2012

daging lada hitam halia






BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging, hiris nipis, cuci dan toskan, rebus hingga empuk dengan halia dan bawang putih
1/3 biji capsicum merah, didadu
1/3 biji capsicum hijau, didadu
1/3 biji capsicum kuning, didadu
1 batang saleri, hiris serong
1 batang leek, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
1 1/2 inci halia muda, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
4 camca besar sos lada hitam
Kicap cair, jika perlu....
Hirisan daun sup sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia, bawang putih dan leek hingga layu, masukkan daging rebus tadi (asingkan stoknya), kacau dan biar tergoreng sekejap. Masukkan sos lada hitam, kacau rata dan tuang air rebusan daging. Biar mendidih.

Masukkan batang saleri, dan masak hingga pekat. Tambah red/green/yellow capsicum dan bawang besar tadi, kacau rata dan biar hingga layu. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair secukupnya. Masak sekejap dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi hangat...