khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 January 2012

cili padi semerah

cili-semerah



Teknologi pertanian semakin berkembang dari tahun ke tahun. Begitu jugalah perkembangan teknologi biji benih. Satu varieti cili padi baru yang diberi nama Semerah itu telah berjaya dihasilkan hasil usaha penyelidik MARDI selepas menjalankan penyelidikan selama 17 tahun. Cili padi (Semerah) ini adalah hasil pembangunan varieti bagi menghasilkan cili baru dari genotip yang berasal dari luar Negara. Ia dibangunkan melalui kaedah pemilihan baka sepokok (SSD) daripada bahan genetik dari Mexico.

Antara keistimewaan Semerah adalah seperti ia berkemampuan untuk mendatangkan hasil yang lebih banyak, mempunyai tempoh matang yang lebih singkat, mampu berbuah secara serentak dan boleh dipetik dalam 11-12 minggu selepas diubah ke ladang. Bergantung kepada jenis tanah dan keadaan persekitaran, penghasilan Semerah dikatakan boleh mencapai antara 650-1,985 (g/pokok) semusim. Dengan penjagaan yang sempurna, satu pusingan tanaman Semerah boleh berlanjutan hingga setahun.

Varieti cili Semerah nyata boleh dimanfaatkan oleh para pengusaha dan juga negara dari segi kualiti dan kuantiti yang mampu dihasilkannya selain dijamin mutunya. Varieti Semerah itu mampu menghasilkan produktiviti lebih dua atau tiga kali ganda berbanding varieti cili padi biasa. Cili Semerah ini juga berbuah secara serentak dan ini secara pastinya menjimatkan masa peladang dan pengusaha daripada perlu memetik cili yang pada kebiasaannya berbuah secara tidak menentu. Selain itu, salah satu kelebihan cili Semerah ini, ia juga mampu menghasilkan cili walaupun dijangkiti penyakit ataupun virus.

Dari segi rasa, cili pada semerah tidaklah sepedas cili padi kampung atau cili akar..
Mungkin anda mempunyai rasa yang berbeza tentang cili..
Bagi yang sukakan kepedasan, cili ini bukan untuk anda..
Jika anda pernah tanam cili ini bolehlah dikongsikan bersama…