khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 14 January 2012

buah pelaga ubat batuk n harumkan mulut





Tidak sukar untuk menggunakan biji buah pelaga, terutamanya dalam menyedapkan masakan. Anda boleh menghancurkannya menjadi serbuk atau gunakan sebiji-sebiji. Untuk mendapatkan rasanya, patah-patahkan buah pelaga sebelum dimasukkan ke dalam masakan. Selalunya buah pelaga digunakan untuk menyedapkan lagi rasa puding dan kek. Ðalam masakan India, buah pelaga turut digunakan sebagai bahan membuat garam masala, tandoori atau ayam vindaloo. Masyarakat Timur Tengah pula menggunakan serbuk buah pelaga dalam kopi.

Ubat batuk dan gatal-gatal kerongkong

Buah pelaga mengandungi minyak pati yang mengandungi senoel, terpineol dan borneol. Ði samping itu, buah pelaga turut mengandungi saponin, flavonoid, polifenol, mangan, gula, lemak, protein dan silikat. Biji pelaga pula mengandungi 3 hingga 7% minyak pati yang terdiri daripada terpineol, terpinil asetat, sineol, alfa berneol dan beta kamfer. Selain itu, biji buah pelaga juga mengandungi minyak lemak, protein dan kalsium oksalat. Rizom pokok mengandungi saponin, flavoniod, polifenol dan minyak pati.

Khasiat ubatan yang boleh diperolehi daripada buah pelaga memang banyak. Walaupun biji pelaga mempunyai rasa yang pedas apabila dikunyah, tetapi lidah akan terasa sejuk setelah mengunyahnya. Bau biji buah pelaga yang wangi ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi sebagai ubat, selain digunakan untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman.

Harumkan mulut

Bagi mereka yang mengalami masalah mulut berbau, dengan mengunyah biji buah pelaga secara perlahan-lahan, dikatakan boleh memberi keharuman pada mulut. Selain itu, melalui cara yang sama, biji buah pelaga dikatakan mampu mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Kegunaan lain ialah menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas. Biji buah pelaga juga dikatakan boleh menghalang penyimpanan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus.

Mengawal obesiti

Buah pelaga yang telah ditumbuk halus dan kemudiannya dicampurkan dengan air boleh digunakan untuk merawat lenguh-lenguh badan. Cara yang sama juga dikatakan boleh mengatasi masalah obesiti. Buah pelaga dikatakan mampu membersihkan buah pinggang dan hempedu.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat buah dan biji pelaga, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu untuk mengelak kemudaratan di kemudian hari.