khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 14 January 2012

hempedu bumi -mardi










Nama Saintifik: Andrographis paniculata (Burn.f.) wall.ex Nees
Penanaman: Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Hempedu bumi boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 30 cm antara pokok dalam baris dan 30 cm antara baris. Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada minggu 8-10 selepas menanam dengan memotong pokok 5 cm dari aras tanah. Kadar pembajaan yang diperlukan bagi tanah berpasir ialah 10 t/ha najis ayam dan 500 kg/ha baja sebatian NPK=10:10:10. Hanya 250 kg/ha baja semi-organik diperlukan untuk tanah aluvium. Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 1.0-1.5 t/ha
Kegunaan: Rawatan untuk kencing manis, darah tinggi. lelah, arteriosclerosis, sakit dada akibat sakit jantung, malaria, demam, merangsang aktiviti perut, tonik, memulihkan fungsi tubuh, kecacingan, patukan ular dan sengatan serangga berbisa.