khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 13 January 2012

cengkih -sup tulang qurban

kiriman email seorang teman......
cubalah......


 
 
Bahan-bahan untuk memasak resipi Sup Tulang Korban ialah:
tulang fresh,
rempah sup bunjut,
serbuk rempah sup,
kayu manis,
buah pelaga,
bunga cengkih,
bunga lawang,
air, garam,
serbuk perasa,
daun sup,
daun bawang,
bawang goreng,
minyak untuk menumis dan
bahan kisar---> halia, bawang putih & bawang merah.

 


Langkah pertama, tenggekkan periuk, masukkan minyak dan tumis kayu manis ( sebatang saja), bunga lawang, bunga cengkih buah pelaga dan rempah sup bunjut.

Kemudian, tumiskan pula bahan-bahan kisar tadi ya. Tumislah hingga garing sedikit.


Buka peket kecil serbuk rempah sup dan gaulkan dengan sedikit air lalu ditumiskan ke dalam periuk dan kacau lagi hingga garing.


Apabila sudah garing, masukkan air ya.
 

Masukkan air lagi jika kuahnya sedikit ya.
 


Masukkan pula tulang fresh itu.

Jika masih kurang air, sila tambahkan air lagi dan rebuslah tulang fresh itu hingga empuk ya. Apabila sudah empuk, bolehlah dimasukkan garam dan serbuk perasa.
Akhir sekali, padam api dapur.



Semasa menghidangkan Sup Tulang Korban ini, sila taburkan dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng supaya rasa sup anda lebih meletop ya. Jika hendak pedas bolehlah direnjiskan lada hitam atau campakkan beberapa biji cili api.
 
Kalau di Johor Bahru, masyarakat di sini biasanya makan sup seperti ini dengan Sambal Kicap.
Ok lah...selamat mencuba.
 
Wassalam.