khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 13 January 2012

siakap stim lada hitam






 bahan-bahan :


  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 2 sk lada hitam tumbuk
  • garam
  • 1 sudu makan sos tiram + 1/3 cawan air (bancuhkan)
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • hirisan daun sup
  • cili merah atau cili padi (dihiris)

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. Didihkan airnya. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. Lumurkan ikan bersama garam dan lada hitam. Kemudian letak di dalam bekas tahan panas/loyang tadi. Taburkan bawang putih dan halia di atasnya. Kukus selama 15 minit.
  2. Setelah itu buka penutup kukusan, masukkan pula bahan-bahan selebihnya dan kukus lagi sehingga masak sekata.