khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 January 2012

siput sedut masak lemak cili padi





Bahan-Bahan

~~~~~~~~~~~

500 gm siput sedut

10 biji cili padi dikisar

1 batang serai dititik

1 1/2 inci kunyit basah dikisar

1 keping asam keping

1 kotak kecil santan

1 1/2 cawan air


1 helai daun kunyit disiat-siat





Cara-Cara

~~~~~~~~

1. Cili padi dan kunyit basah dikisar halus.

2. Masukkan santan kedalam periuk bersama bahan kisar dan serai.

3. Masak dengan api perlahan, bila telah mendidih masukkan siput, daun kunyit dan juga asam keping. Biarkan siput masak sebentar.