khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 January 2012

buah pelaga pencuci gigi

Buah pelaga antara rempah ratus paling tua di dunia. Buah pelaga juga dikenali dengan nama botaninya elettaria cardamomum. Ia merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar. Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania.

Ðikenali juga dengan nama kapulaga (Indonesia), chhoti elachi (India), ts’ao-k ou (Cina), elam (Tamil), dan grawahn (Thai), buah pelaga memang banyak kegunaannya sejak daripada zaman dahulu.

Orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. Orang Viking pula dikatakan telah berjumpa dengan buah pelaga ini kira-kira seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini.

Buah pelaga merupakan rempah yang kedua mahal selepas
saffron. Terdapat banyak jenis buah pelaga tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum dikatakan sebagai buah pelaga sebenar.