khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 14 January 2012

bunga lawang -nasi mentega





Bahan nasi:
1kg beras basmathi
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5cm halia
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan - disimpul
1 tin susu sejat
Air secukupnya
Mentega secukupnya untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Bahan ikan goreng tepung:
1kg ikan tenggiri - dipotong
500 gram tepung beras
5 biji telur
3 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan serbuk kunyit
Daun kari secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan acar campuran:
200 gram nenas
200 gram timun
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan cili giling
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1/8 sudu makan biji sawi
1/8 sudu makan serbuk kunyit
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Untuk membuat nasi mentega, panaskan mentega dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau sehingga garing.
3. Setelah itu masukkan susu sejat dan daun pandan. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan beras, garam, serbuk perasa dan air secukupnya.
Tanak sehingga nasi masak. Ketepikan.
5. Untuk membuat ikan goreng tepung pula, perapkan ikan bersama kesemua bahan selama sejam.
6. Panaskan minyak dan goreng sehingga ikan garing. Angkat dan toskan.
7. Untuk membuat acar campuran, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, biji sawi, bunga lawang serta kulit kayu manis sehingga naik bau.
8. Kemudian masukkan serbuk kunyit, cili giling, gula, garam, cuka dan air secukupnya. Kacau rata dan sebatikan.
9. Akhir sekali, masukkan hirisan nenas dan timun. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga menjadi agak lembut. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi mentega dan ikan goreng berempah.