Buah: Dibuat ubat dalaman bersifat afrodisiak,mengetatkan vagina,meningkatkan selera,merawat mulas perut,dan kembung angin.
Kudup Bunga: Sebagai antiemetik, antimual, antispasma, tonik, tonik perut, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, menurunkan panas badan, merangsang penghadaman; membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, untuk merawat cirit, kolera, mulas perut, nafas berbau busuk, penyakit saluran darah, sakit kepala, sakit gigi, dan wanita selepas bersalin, ubat pupuk digunakan pada gigitan serangga, kurap, dan luka. Dekokasi cengkih dan kayu manis diminum untuk merawat demam panas. Infusi diminum untuk merawat gout, masalah usus, dan pembuangan air besar.
Kandungan: Semua bahagian pokok –minyak esen, (paling biasa diekstrak daripada kudup cengkih kering).
Kudup Bunga Kering: 15-17% minyak esen, dan 18-22% oleoresin. Tangkai bunga mengandungi lebih kurang 6% minyak esen.