khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 13 January 2012

nasi goreng lada hitam





Bahan2
2 mangkuk nasi
Udang basah
2 ulas bawang putih - tumbuk dengan lada hitam
lada hitam - ikut kepedasan
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang merah - dimayang
garam dan juga sayuran bunga kobis/brokoli/karot/buncis

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga agak keperangan
2. Masukkan bawang putih yang telah pun ditumbuk dengan lada hitam
3. Masukkan udang basah, kacau sebentar, masukkan sos tiram dan garam, lepas tu diikuti dengan sayuran.
4. Masukkan nasi dan goreng lah sebentar.
5. Hiaskan dengan daun sup/bawang dan juga tomato.