khazanah alam
dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Thursday, 12 January 2012
lada hitam menu popular
Lada hitam digaul bersama nasi panas, memang di antara menu popular dalam tempoh berpantang. Secara amalan tradisinya, pengambilan lada hitam ini dapat membantu memanaskan badan. “Minggu pertama adaiah minggu yang paling sukar untuk ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Bayi akan cenderung untuk mendapat jaundis atau demam kuning.
Risiko lebih tinggi di kalangan bayi yang lahir pra-matang atau sebelum 36 minggu. Hubung kaitnya adaiah makan makanan pedas dan panas akan membuatkan tubuh mudah dehidrasi. Ini akan mengganggu penghasilan susu. Susu ibu adaiah formula terbaik untuk membantu mengurangkan risiko diserang demam kuning. Untuk itu, saya nasihatkan hanya mula mengambil lada hitam dan sebagainya selepas dua minggu bagi mereka yang bersalin secara normal.
Labels:
lada hitam