khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 13 January 2012

cengkih atasi nafas berbau

Bau mulut yang menyenangkan memberikan anda lebih keyakinan untuk berinteraksi dengan individu lain. Tapi, anda tahu tak cara untuk mengatasi masalah mulut berbau ataupun nafas berbau ni?
 Pada edisi kali ini, petuanya berfungsi mengatasi kedua-dua masalah sekaligus. Iaitu boleh menghilangkan masalah nafas berbau serta mengawal bau mulut anda. Bahan utama yang diperlukan adalah bunga cengkih


cengkih (syzygium aromaticum l.)


Cara mengamalkan petua ini adalah seperti berikut:
1. Ambil sebanyak 10 hingga 15 biji atau bunga cengkih.
2. Rebuslah cengkih tersebut bersama 10 gelas air bersih kira-kira dalam masa 15 minit. Ataupun sehingga air rebusan tu tinggal lebih kurang pada paras 3 gelas.
3. Kemudian, anda minumlah air rebusan itu sebanyak 1/4 atau 1/2 gelas sekurang-kurangnya sekali sehari.
Namun begitu, anda boleh meminumnya sebanyak 3 kali (selepas makan) untuk kesan yang lebih baik.

Di samping itu, air rebusan cengkih ni juga boleh anda gunakan untuk tujuan lain. Antaranya bagi melegakan kembung perut, membuang angin dalam badan dan melegakan rasa sengal-sengal.