khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 January 2012

caping bunga lawang

caping dibuat berbentuk bujur sirih digunakan untuk menutup kemaluan kanak-kanak. ianya dihasilkan dari kulit kayu, tenun songket, kain dan juga diperbuat dari logam mulia seperti emas, perak, suasa dan tembaga.

di samping digunakan untuk menutup kemaluan kanak-kanak perempuan dan lelaki yang diikat dipinggang, ianya juga mempunyai nilai mistik dan spiritual oleh masyarakat melayu tradisi. nilai mistiknya antara lain dapat mematikan nafsu lelaki, dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan dari perkara-perkara yg tidak diingini. ianya juga dikatakan dapat mengjaga kemaluan kanak-kanak perempuan untuk terus subur, membesar dan memejalkan serta mengurangkan rasa geli, yang nantinta dapat memuaskan suami dalam hubungan seks setelah berumah tangga.

hal yang sama juga dipercayai, penggunaan caping pada kanak-kanak lelaki, di sebalik fungsinya menutup kemaluan, ianya juga diyakini sebagai proses pengurutan semulajadi bagi menegangkan urat-urat zakar serta suatu proses atau cara membesarkan zakar dan juga mengurangkan rasa geli dan sensitiviti sehingga nanti daya tahan ejakulasi boleh bertahan lama serta sudah tentu dapat memuaskan pasangan mereka.