khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 January 2012

khasiat ubatan halba



Biji: Dekoksi atau infusi biji digunakan sebagai afrodisiak, diuretik, laksatif, pembuka selera, dan toknik; untuk membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merawat batuk, bengkak hati atau limpa, bengkak kaki atau tangan kerana kesejukkan, bronkitis, busung, demam panas, diabetes, hernia, impoten, konstipasi, masalah ginjal atau punding kencing, masalah kolesterol, putus haid, radang sendi, radang urat, sakit dada, sakit dalam perut, sakit otot, dan telinga berdesing, dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk; dibuat ubat pupuk pada lecuran, randang sendi, sakit perut, dan ulser. Biji direbus dan ditumbuk halus dan ditampal pada bengkak, bisul, hernia, lebam, dan luka. Biji rebus lalu dimakan untuk menambahkan penghasilan susu ibu.


Kandungan: Biji – 7.8% air, 46.5% karbohidrat, 28% protein, 6% lemak, 8% fiber, 0.5-2% diosgenin, colin, lesitin, minyak esen, musilaj, nukleoal bumin, oleoresin, protein, sotolon, trigonelin, triptofan, vatamin B1, B2, B3. Minyak halba mengandungi 30 sebatian (antaranya anilin, asid dodekanoik, asid heptanoik, dihidroaktinidiolid, dihidrobenzofuran, difenilamin, elemen, eugenol, heptanal, 2-heptanon, heksadekan, 1-heksadeken, 1-heksanol, heksilfuran, kalamenen, kalaren, kamfor, pentadekan, tetradekan, dan timol).

halba -wikipedia







Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.
Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.[2



Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut: [3]
Cato si Lebih Tua menyenaraikan halba bersama-sama dengan klover dan vec sebagai tananam yang ditumbuh untuk makanan lembu (De Agri Cultura, 27).

khasiat ubatan jintan manis



Buah: Sebagai antibakteria, antiseptik, antispasma, diureti, stimulant, tonik, dan tonik perut, merangsang peluh, merangsang dan meningkatkan penghasilan susu. Campuran dengan bahan lain digunakan untuk merawat angin dalam perut dan usus, batuk, demam panas, gonorea, mabuk pagi, sakit perut, dan tonik selepas bersalin. Buah dikunyah untuk mengatasi angin dalam perut, nafas berbau, dan sedu. Air rebusan disapu pada kulit berminyak. Minyak esen digunakan sebagai ubat luaran untuk mengatasi angin dalam perut dan usus, kekejangan, untuk meningkatkan aktiviti otak dan badan. Campuran minyak jintan manis , minyak adas pedas dan madu ledah diambil untuk merawat batuk dan bronchitis.


Kandungan: Buah-9% air, 35% karbohidrat, 18% protein, 16% lemak, 15% fiber, aldehid asetik, besi, beta-amirin, fosforus, glikosid flovonoid, kalium, kalsium, koumarin, magnesium, minyak esen, miristisin, sitosterol, natrium, zink. Kandungan utama minyak esen ialah anetol, dan kandungan lain ialah alfa-zingiberen, alcohol anisik, anetol epoksida, anisaldehid, ar-kurkumen, asid anisik, beta-bisabolen gama-himcalen, germakren D, dan metal cavikol.

jintan manis -wikipedia

Fail:YosriJintanManis.jpg

buah pelaga ubat batuk n harumkan mulut





Tidak sukar untuk menggunakan biji buah pelaga, terutamanya dalam menyedapkan masakan. Anda boleh menghancurkannya menjadi serbuk atau gunakan sebiji-sebiji. Untuk mendapatkan rasanya, patah-patahkan buah pelaga sebelum dimasukkan ke dalam masakan. Selalunya buah pelaga digunakan untuk menyedapkan lagi rasa puding dan kek. Ðalam masakan India, buah pelaga turut digunakan sebagai bahan membuat garam masala, tandoori atau ayam vindaloo. Masyarakat Timur Tengah pula menggunakan serbuk buah pelaga dalam kopi.

Ubat batuk dan gatal-gatal kerongkong

Buah pelaga mengandungi minyak pati yang mengandungi senoel, terpineol dan borneol. Ði samping itu, buah pelaga turut mengandungi saponin, flavonoid, polifenol, mangan, gula, lemak, protein dan silikat. Biji pelaga pula mengandungi 3 hingga 7% minyak pati yang terdiri daripada terpineol, terpinil asetat, sineol, alfa berneol dan beta kamfer. Selain itu, biji buah pelaga juga mengandungi minyak lemak, protein dan kalsium oksalat. Rizom pokok mengandungi saponin, flavoniod, polifenol dan minyak pati.

Khasiat ubatan yang boleh diperolehi daripada buah pelaga memang banyak. Walaupun biji pelaga mempunyai rasa yang pedas apabila dikunyah, tetapi lidah akan terasa sejuk setelah mengunyahnya. Bau biji buah pelaga yang wangi ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi sebagai ubat, selain digunakan untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman.

Harumkan mulut

Bagi mereka yang mengalami masalah mulut berbau, dengan mengunyah biji buah pelaga secara perlahan-lahan, dikatakan boleh memberi keharuman pada mulut. Selain itu, melalui cara yang sama, biji buah pelaga dikatakan mampu mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Kegunaan lain ialah menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas. Biji buah pelaga juga dikatakan boleh menghalang penyimpanan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus.

Mengawal obesiti

Buah pelaga yang telah ditumbuk halus dan kemudiannya dicampurkan dengan air boleh digunakan untuk merawat lenguh-lenguh badan. Cara yang sama juga dikatakan boleh mengatasi masalah obesiti. Buah pelaga dikatakan mampu membersihkan buah pinggang dan hempedu.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat buah dan biji pelaga, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu untuk mengelak kemudaratan di kemudian hari.

pokok buah pelaga


Pokok buah pelaga merupakan herba tahunan dan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Boleh dikatakan ia tergolong dalam keluarga halia dan lengkuas. Ðaunnya berbentuk lonjong dengan pangkal dan hujung agak runcing. Buah berbentuk kotak, terdapat dalam tandan kecil dan pendek. Ia bulat memanjang, berlekuk, bersegitiga, agak pipih, kadangkala berbulu, berwarna putih kekuningan atau kuning kelabu. Mempunyai tiga ruang dan setiap ruang dipisahkan oleh selaput senipis kertas. Setiap ruang berisi 5 hingga 7 biji-biji kecil, berbentuk bulat telur berwarna coklat atau hitam serta mempunyai aroma yang harum.


Ðalam ruang-ruang ini, biji-bijinya tersusun dua baris memanjang dan melekat antara satu sama lain.










buah pelaga pencuci gigi

Buah pelaga antara rempah ratus paling tua di dunia. Buah pelaga juga dikenali dengan nama botaninya elettaria cardamomum. Ia merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar. Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania.

Ðikenali juga dengan nama kapulaga (Indonesia), chhoti elachi (India), ts’ao-k ou (Cina), elam (Tamil), dan grawahn (Thai), buah pelaga memang banyak kegunaannya sejak daripada zaman dahulu.

Orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. Orang Viking pula dikatakan telah berjumpa dengan buah pelaga ini kira-kira seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini.

Buah pelaga merupakan rempah yang kedua mahal selepas
saffron. Terdapat banyak jenis buah pelaga tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum dikatakan sebagai buah pelaga sebenar.



khasiat ubatan buah pelaga




Buah Pelaga: Digunakan untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus,merangsang dan melawaskan haid dan air kecil, tonik jantung, laksatif, stimulant,tonik perut, merawat bengkak dan sakit, cirit, jangkitan pada kerongkong, masalah di dalam rahim, mulas perut, pancutan mani pramasa, penyakit hati, perut dan usus kembung angin, sakit dada, sakit gigi, sakit kepala, sakit perut, sakit telinga dan merangsang penghadaman.Boleh juga dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.


Kandungan: Kalsium oksalat, karbohidrat, minyak esen, minyak tetap. Kandungan utamanya ialah asid linoleik, asid oleic, dan asid palmitik, protein, dan silica.

buah pelaga -wikipedia

Fail:YosriBuahPelaga.jpg

bunga lawang -bubur lambuk

img_32021



Bahan2 :
  • Beras secukupnya
  • minyak utk menumis
  • Bwg putih cincang *
  • Bwg besar cincang*
  • Halia diketuk*
  • 1 kulit kayu manis*
  • 3-4 biji buah pelaga*
  • 3-4 bunga cengkih*
  • 1-2 bunga lawang*
  • 1 sudu kecil halba*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 1 sudu besar serbuk dashi/kiub ayam
  • daging dihiris nipis
  • segenggam udang kering
  • 1 helai daun pandan diikat
  • santan secukupnya
  • garam secukupnya
  • lada sulah secukupnya
  • daun2 yg dihiris halus (saya guna daun kunyit,daun kesum,daun basil,daun limau purut,daun ayah Aiman beli yg x tau namanya…apa2 daun pun boleh)
Caranya :
  1. Rebuskan beras dan daging dgn air secukupnya. Msk hingga lembut
  2. Dalam kuali lain,tumiskan bhn2 bertanda *
  3. Kemudian masukkan bhn2 (2) ke dlm (1)
  4. Masukkan semua bahan2 yg lain..msk hingga empuk.Sedia utk dimakan.Boleh la taburkan bwg goreng,celery..







bunga lawang -sup bunjut




Bahan A
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 buah pelaga

Bahan B

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
3 keping kelopak bunga lawang
sedikit buah pelaga yang di pecah-pecahkan
secubit mustard seed(biji sawi??)
secubit biji poppy
1/2 sudu teh jintan manis

Pecah2kan bahan B...tak perlu hancur sgt.
masukkan ke dalam kain kasa, ikat dengan benang.
siap untuk digunakan.











bunga lawang -nasi mentega





Bahan nasi:
1kg beras basmathi
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5cm halia
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan - disimpul
1 tin susu sejat
Air secukupnya
Mentega secukupnya untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Bahan ikan goreng tepung:
1kg ikan tenggiri - dipotong
500 gram tepung beras
5 biji telur
3 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan serbuk kunyit
Daun kari secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan acar campuran:
200 gram nenas
200 gram timun
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan cili giling
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1/8 sudu makan biji sawi
1/8 sudu makan serbuk kunyit
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Untuk membuat nasi mentega, panaskan mentega dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau sehingga garing.
3. Setelah itu masukkan susu sejat dan daun pandan. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan beras, garam, serbuk perasa dan air secukupnya.
Tanak sehingga nasi masak. Ketepikan.
5. Untuk membuat ikan goreng tepung pula, perapkan ikan bersama kesemua bahan selama sejam.
6. Panaskan minyak dan goreng sehingga ikan garing. Angkat dan toskan.
7. Untuk membuat acar campuran, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, biji sawi, bunga lawang serta kulit kayu manis sehingga naik bau.
8. Kemudian masukkan serbuk kunyit, cili giling, gula, garam, cuka dan air secukupnya. Kacau rata dan sebatikan.
9. Akhir sekali, masukkan hirisan nenas dan timun. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga menjadi agak lembut. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi mentega dan ikan goreng berempah.


piring bunga lawang



caping bunga lawang

caping dibuat berbentuk bujur sirih digunakan untuk menutup kemaluan kanak-kanak. ianya dihasilkan dari kulit kayu, tenun songket, kain dan juga diperbuat dari logam mulia seperti emas, perak, suasa dan tembaga.

di samping digunakan untuk menutup kemaluan kanak-kanak perempuan dan lelaki yang diikat dipinggang, ianya juga mempunyai nilai mistik dan spiritual oleh masyarakat melayu tradisi. nilai mistiknya antara lain dapat mematikan nafsu lelaki, dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan dari perkara-perkara yg tidak diingini. ianya juga dikatakan dapat mengjaga kemaluan kanak-kanak perempuan untuk terus subur, membesar dan memejalkan serta mengurangkan rasa geli, yang nantinta dapat memuaskan suami dalam hubungan seks setelah berumah tangga.

hal yang sama juga dipercayai, penggunaan caping pada kanak-kanak lelaki, di sebalik fungsinya menutup kemaluan, ianya juga diyakini sebagai proses pengurutan semulajadi bagi menegangkan urat-urat zakar serta suatu proses atau cara membesarkan zakar dan juga mengurangkan rasa geli dan sensitiviti sehingga nanti daya tahan ejakulasi boleh bertahan lama serta sudah tentu dapat memuaskan pasangan mereka.








bunga lawang -kraftangan



rempah lima beradik ada bunga lawang



macam bunga lawang kan



biskut mentega bunga lawang







Cari :
BISKUT MENTEGA BUNGA LAWANG



 
Bahan vanila:
500gm mentega
150gm gula ising
650gm tepung Superfine
1 biji telur
100gm kulit lemon
Sedikit esen vanila
Secubit garam

Bahan coklat:
500gm mentega
150gm gula aising
500gm tepung Superfine
1 biji telur
100gm serbuk koko
Secubit garam
Sedikit esen vanila


Cara memasak:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan gaulkan sebati.
3. Kemudian masukkan garam bersama kulit lemon dan sedikit esen vanila. Kacau aduanan sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan uli hingga menjadi adunan.
5. Lakukan cara yang sama untuk adunan coklat pula.
6. Uli memanjang adunan vanila dan coklat kemudian cantumkan sehingga menjadi corak batik.
7. Potong adunan sepanjang 1 inci dan hiaskan bunga lawang di atasnya.
8. Akhir sekali, bakar dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 20 minit

hantaran bunga lawang



labuci bunga lawang









bunga telur bunga lawang



door gift -bunga lawang n kayu manis



tea set bunga lawang












teh rempah dengan bunga lawang

Hangat dan Wanginya Teh Rempah



CUACA sedang tidak menentu. Sekarang hujan, lalu terik. Mendung, panas, disusul hujan angin. Adalah baik menjaga kondisi tubuh Anda dengan segelas teh panas.

Sebagai minuman nomor dua yang paling banyak dikonsumsi di dunia-setelah air putih-teh tergolong serba bisa. Versatilitas teh terbukti dari cita rasanya yang bertahan ketika dipadukan dengan bahan lain. Rasanya tetap nikmat. Begitu pula di segala cuaca, teh dapat disajikan dingin atau panas. Terlebih lagi di cuaca yang moody seperti sekarang, kehadiran teh sangat relevan dengan nilai-nilai medisinalnya yang sudah diakui untuk mengusir flu dan menurunkan suhu tubuh yang tinggi akibat demam.

Di bawah ini adalah resep teh rempah yang berkhasiat menghangatkan badan. Mirip dengan teh jahe dengan aroma yang lebih wangi:           



Bahan:

10 gram daun teh hitam
Satu batang kecil kayu manis
Dua bunga cengkih
Satu bunga lawang (star anise)

Cara membuat:
  • Seduh semua bahan dengan air mendidih.
  • Diamkan selama 5 menit, biarkan aromanya keluar.
  • Siap disajikan dengan atau tanpa gula. Anda juga dapat menambahkan susu atau krimer ke dalam teh.

sulaman bunga lawang



bunga lawang pengugah selera

Bunga Lawang Penggugah Selera



Rempah cantik yang bentuknya mirip dengan bunga yang sedang mekar ini sering digunakan untuk bumbu penyedap di berbagai jenis masakan khususnya Asia. Aromanya khas dan rasanya yang unik menjadi daya tariknya. Mau tahu lebih lengkap? Simak infonya di sini!

Pekak atau star anise atau Bunga lawang ini mungkin masih banyak orang yang belum terlalu mengenalnya. Nama pekak biasanya digunakan oleh orang keturunan Tionghoa yang berada di Jawa, sedangkan orang Bali menyebutnya Bunga Lawang dan orang Eropa menyebutnya Star Anise karena bentuknya yang menyerupai bintang.

Rempah ini sebenarnya sangat populer, apalagi dalam masakan Asia seperti Cina, Thailand, Jepang, dan juga Vietnam. Sebut saja masakan seperti sapo tahu memiliki aroma harum yang unik, enak dan menggugah selera.

Di Indonesia, pekak memang kurang populer jika dibandingkan dengan lada ataupun pala. Tapi di beberapa daerah pekak digunakan untuk menambah kelezatan dan membuat harum aroma masakan sehingga memicu selera Anda untukmakan. Pekak atau bunga lawang ini bisa digunakan secara utuh atau dihaluskan terlebih dahulu.

Sop buntut, kari kambing, 'pho'-mi kuah Vietnam akan makin nikmat jika ditambahkan sedikit rempah yang bernama latin Illicium Verum ini. Pekak juga dipakai sebagai ramuan obat batuk dan menjadi rempah penting dalam campuran five spice powder atau bumbu ngohiang khas Cina disamping adas, cengkih, kayu manis, dan juga lada Szechuan.

bunga lawang -fotopages.com