khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday, 9 November 2011

urap pegaga daun cekur

Urap Pegaga Daun Cekur




Orang2 jawa memang suka makan urap2 macam ni, kira salah satu benda penting untuk nasi "ambeng"...alah nasi yang makan dalam dulang beralas daun pisang tu..dan di letak pelbagai variasi lauk, tapi semua lauk-pauk jenis kering2..tak boleh yang berkuah....Resipi urap ni biasa2 saja, macam orang lain buat juga...tapi mat letak juga lah resipi senang ni, kot2 ada sesiapa nak try buat nanti.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g pegaga yang telah siap di bersihkan, cuci dan tosk kering
10 helai daun cekur yang muda, cuci, tos dan dimayang halus
1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan*
3 biji cili merah*
3 cm isi cekur*
1 cm kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*
Sedikit garam*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pegaga tadi dibuang akarnya, hiris kasar. Daun cekur dimayang halus. Ketepikan. Kelapa parut tadi disatukan bersama bahan tumbuk lumat dan gaul rata2, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.
  2. Gaul kelapa tadi bersama pegaga dan daun cekur, rata2. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan hidangkan bersama nasi.