Nama Saintifik: | Polygonum minus Huds |
Penanaman: | Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Kesum boleh ditanam pada jarak tanaman 25 cm antara pokok dalam baris dan 55 cm antara baris. Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada minggu 16-18 selepas menanam dengan memotong pokok 10-15 cm pada aras tanah. Kadar pembajaan yang diperlukan ialah 80–100 kg N/ha, 50 kg P2O5/ha dan 70 kg K2O/ha. Baja dibahagikan kepada 3 bahagian dan diberikan pada minggu ke-4, ke-8 dan ke-12. Potensi hasil adalah dalam lingkungan 80-100 t/ha setahun. |
Kegunaan: | Rawatan untuk penyakit karang batu, masalah penghadaman selepas bersalin, masalah kelemumur dan sebagai perasa dalam masakan. |
Rujukan: | Indu, Bala Jaganath., Lean, Ng Teik., 2000. Herbs The Green Pharmacy of Malaysia. Vinpress Sdn Bhd in collaboration with Malaysiaan Agricultural Research and Development Institute (MARDI). 126 pp. Musa Yaacob, Muhammad Ghawas Maarof and Mansor Puteh., ed. (2005). Teknologi Penanaman Tumbuhan Ubatan & Beraroma.Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) |
khazanah alam
dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Sunday, 6 November 2011
kesum -sumber mardi
Labels:
kesum