


Nama Saintifik: | Kaempferia ariety L. |
Penanaman: | Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan rizom matang yang mempunyai 3-4 tunas daun. Cekur boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 25 cm antara pokok dalam baris dan 20-25 cm antara baris. Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada 10-11 bulan selepas menanam dengan mengambil rizom yang matang. Kadar baja asas yang diperlukan ialah 10 t/ha najis ayam (NPK=4:4:3). Baja tambahan (baja yang sama) pada kadar 3 t/ha diberi setiap bulan sehingga bulan kelima. Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 7-10 t/ha. |
Kegunaan: | Rawatan untuk luka, penyakit reumatik, mempercepatkan bisul pecah, kelemumur, batuk, sakit pinggang, rawatan selepas bersalin, bahagian badan yang bengkak, sakit perut, penyakit barah pangkal rahim dan sebagai penyedap rasa. |