khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 12 November 2011

petua beli bawang putih


Nama Saintifik: Allium sativum
Nama Inggeris: Garlic


Bawang Putih mempunyai satu karektor tersendiri yang memberikan aroma dan rasa yang kuat serta tajam. Ia seolah terdiri daripada campuran pedas, pahit dan sedikit masam, bergantung kepada jenis masakan. Rasanya boleh diubah sama ada kuat atau menjadi lembut, hingga tidak dapat dikesan penggunaannya.

Disebabkan ini ia menjadi bahan yang penting di dalam sesuatu masakan atau resipi di setiap negara. Sedikit bawang putih dapat ‘menaikkan’ aroma dan rasa masakan daging, ikan dan juga sayuran.

Petua:

Ketika membeli bawang putih, pastikan kepalanya kering dan tidak lembap serta masih terlindung di dalam kulit luarannya yang seakan-akan kertas. Jika umbi akar yang bewarna kehijauan kelihatan maka itu bermakna bawang putih sudah terlalu tua atau tidak dikeringkan dengan sepatutunya. Bawang putih yang terlalu tua akan terus merenyuk walaupun hanya dengan sentuhan lembut.



bawang-putih