khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday, 9 November 2011

cekur -wikipedia

Pokok Cekur.



Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.

Cekur ialah sejenis herba renek yang tumbuh melebar di atas tanah. Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat. Daunnya licin dan berbentuk bujur tirus. Hujung daun agak runcing iaitu berukuran lebih kurang 16sm panjang dan 8sm lebar. Daun atasan biasanya membesar dengan sempurna sementara daun bawahan tinggal sebagai scales.Apa yang uniknya tumbuhan herba ini selain mempunyai aroma yang membabitkan selera jika diadun dalam resepi masakan cekur adalah pokok herba yang tidak mempunyai batang.

Ciri lain yang ada pada cekur ialah bunganya berwarna putih-ungu, tumbuh secara sendirian di tengah-tengah pokok. Daun cekur tersusun dengan rapi di sebelah kiri dan kanan tangkai, mulai dari bawah hinggalah ke atas. Daunnya yang muda lembut dan berwarna hijau muda. Daunnya yang muda boleh dibuat sayur. Daun tua berwarna hijau tua dan agak keras. Bentuk daunnya bujur dan runcing tirus di hujungnya. Daun ini mempunyai urat jejala. Bunga cekur manis tumbuh di tangkai daun dan ia kemudian menghasilkan buah yang berwarna putih ketika masih muda dan merah samar hingga coklat apabila tua.



Laman ini diubah buat kali terakhir pada 16:58, 2 Julai 2011.

  • Terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.