khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 12 November 2011

petua kupas bawang merah





Hai, suri suri rumah dan bakal bakal suri dirumah sekalian.

bila masuk bab kerja dapur, time kupas bawang merah la yang paling seksa. habis segala cecair bendalir mucus mengalir keluar. tapi bagi kaum mak mak, untie untie[yang moden dan selalu makan yang orang masak dikecualikan] biasa je kalau berdepan dengan bawang merah. rilek chill je. jeles jugak aku, agak agak petua apa la yang diorang amal kan? mungkinkah alah bisa tegar biasa? kalau macam tu kena tunggu 3 abad lagi la baru aku sampai karma tak-pedih-mata-bila-kupas-bawang-merah. lamaaaaa lagiii tuuuuu....

 
biasanya kalau kenduri, aku takkan mampu mengelak dari buat tugasan mengupas bawang. seksa nya sampai tak boleh nak cerita. jalan penyelesainnya, buat buat muka kesian+sakit+tak tak boleh tahan untuk mendapat belas dari makcik makcik. untung untung boleh skip tugas kan?

sebenarnya la kan, makcik makcik tu pun pedih mata jugak. takde la immune sangat pun. jadi mereka menggunakan petua supaya kurang sikit pedih mata tu. petua yang aku dapat adalah; cucuk seulas bawang merah pada hujung mata pisau yang diguna pakai untuk mengupas. insyaallah kuranglah pedih mata tu. kalau tak, habis la kering segala bendalir sebelum sempat siap kupas bawang yang maha banyak tu. kenduri kan biasanya pakai banyak bawang.