khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Thursday, 24 November 2011

pokok kari berbunga

kali ni tengok.......
pokok kari berbunga pulak......













pokok kari berbuah

seorang kenalan mengirimkan gampar........
betul ke pokok kari berbuah rupa tu?


daun kari boleh hitamkan rambut






Daun kari yang muda yang paling sesuai untuk dicampurkan ke dalam masakan. Di setengah tempat daun kari yang telah dikeringkan dan ditumbuk halus dijadikan bahan untuk membekalkan vitamin tambahan dengan cara dibancuh dengan air dan diminum.

Serbuk ini jika diminum bersama air dipercayai dapat mengekalkan kehitaman rambut terutama bagi orang yang telah berumur. Namun ianya mesti diminum setiap hari berturut-turut selama 45 hari.


Daun kari yang diletakkan di meja makan boleh menjauhkan lalat dari hinggap dan mencemarkan makanan. Bunga pokok kari pula boleh dijadikan ulam dan dipercayai dapat mengekalkan ketegangan kulit dan menjadikannya licin.

daun kari hilangkan hanyir

murraya

Pokok kari ini selalunya digunakan dalam pelbagai masakan terutama dari masakan berempah terutamanya dalam masakan kari. Daun kari ini juga turut mengeluarkan bau yang kuat disamping itu ia juga mempunyai rasa yang agak pahit.

Tahukah kawan-kawan daun kari ini kebanyakannya banyak digunakan oleh masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah juga dalam masakan lain seperti masakan rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi.

Bunganya pokok kari biasanya berbentuk kecil dan berwarna putih kekuningan manakala buahnya pula bersaiz kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Pokok kari ini mudah membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.

100076_fish_450

Cara untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai adalah:-

Dengan menyediakan 7 tangkai daun kari (dibasuh dahulu)

Kemudian anda ramaslah daun kari tersebut supaya ia mesra dengan ikan sungai.

Setelah itu anda perapkan daun kari tersebut dengan ikan sungai selama satu jam.

Selepas itu anda bolehlah mencuci ikan sungai seperti biasa. Opss! selawat jangan di lupa ya :)

cara penggunaan pokok kari





  • Ulam-ulaman. Amalkan makan 10 helai daun kari selama 3 bulan berturut-turut bagi mencegah penyakit diabetes.
  • Air rebusan kulit batang yang kering dapat digunakan oleh pesakit diabetes.
  • Kisar daunnya untuk dijadikan jus, kemudian campurkan dengan jus limau untuk atasi pening dan loya.
  • Jus daun kari yang diicampur madu dapat mengatasi cirit-birit dan sembelit.

khasiat daun kari





  • Dapat membantu mengurangkan bacaan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes dan dapat mencegah diri dari menghidap kencing manis akibat keturunan dan kegemukan.
  • Membantu menguatkan perut, meningkatkan keupayaan badan dan mengatasi masalah penghadaman.
  • Dapat menyembuhkan cirit birit dan berak berdarah @ buasir.
  • Mengatasi masalah pening dan loya bagi ibu2 yang hamil dan akibat pengambilan makanan berlemak yang terlalu banyak.
  • Daun kari dapat mencegah @ melambatkan uban di kepala.
  • Baik untuk melancarkan peredaran darah.
  • Buahnya yang dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
  • Daun kari yang ditumbuk halus boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan menampalkannya pada bahagian yang berkenaan

kandungan daun kari






  • 66.3% kelembapan


  • 6.1% protein


  • 1% lemak


  • 16%karbohidrat


  • 6.4%fiber, mineral dan vitamin( kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik, vitamin C)


  • volitile oil dan sejenis gkukosid yang dipanggil koenigiin    
  • Saturday, 12 November 2011

    pokok kari -wikipedia

    Fail:YosriPokokKari2.jpg



    Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae.
    Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.

    Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

    Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

    ikan goreng sambal merah






    Masakkan ni sedap kalau dimakan bersama sayur yang berkuah, seperti kacang boncis masak lemak, kobis masak lemak, sawi masak air atau pun sop sayur....

    Bahan-bahannya

    • Ikan sela - di ratakan dengan kunyit dan garam dan digoreng
    • 5 biji bawang merah besar - dikisar
    • 2 biji bawang merah besar - dihiris
    • 10 biji lada merah - dikisar
    • 2 sudu besar tomato sos
    • Garam dan gula secukup rasa
    • Sedikit air
    • Minyak untuk memasak
    Cara memasak

    1. Panaskan minyak kedalam periuk, apabila panas tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga garing.
    2. Setelah garing masukkan tomato sos, sedikit air dan bawang yang dihiris, tumis lagi hingga sedikit garing, setelah itu baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
    3. Angkat dan simbahkan keatas ikan goreng tadi.

    cili kisar tahan lama





    Cili merah atau cili masak dengan nama sainstifiknya capsicum annuum bersifat stimulan yang merangsang selera makan seseorang. Ianya juga berfungsi sebagai diaforetik atau peluruh keringat (makan pedas2 sure berpeluh kan?)

    Cili merah juga sebagai perangsang kulit dan dimasukkan dalam ubat-ubatan teruatamanya ubat gosok. Mineralnya juga membantu sistem pengahdaman kita.

    lada merah




    Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari demam hinggalah kanser.

    petua segar lada merah





    Untuk mengekalkan kesegaran lada merah, anda perlu menyimpannya ke dalam plastik kedap udara. Dengan cara ini lada merah akan tahan lebih lama sehingga tiga atau empat minggu tanpa layu.

    kegunaan bawang merah




    Karena mengandung flavonglikosida, ia dianggap anti radang, pembunuh bakteri, sedangkan kandungan saponinnya dapat mengencerkan dahak, ia juga memiliki sejumlah zat lain yang berkhasiat menurunkan panas, menghangatkan, memudahkan pengeluaran angin dari perut, melancarkan pengeluaran air seni, mencegah penggumpalan darah, menurunkan kolesterol, dan kadar gula dalam darah menurun, penelitian terakhir bawang merah juga bisa mencegah kanker karena kandungan sulfurnya.

    Demam pada anak
    Kupaslah 2 atau 3 bawang merah, cuci dan parut kemudian ambil 2 sendok makan minyak goreng, 1 / 2 sendok makan minyak kayu putih, seiris jeruk nipis diambil airnya atau air dari sedikit asam jawa, semua dicampur digosokan ke ketiak,punggung dan perut , kalau panasnya tinggi gosokkan ke kepala dan semua lipatan badan, juga ke perut telapak kaki dan bagian-bagian badan yang terasa panas kalau dipegang

    2. Perut kembung

    Ramuan yang sama dengan di atas, gosokkan ke perut dan sekitarnya, jika belum kentut , ulangi lagi kira-kira seperempat jam kemudian.

    3. Masuk angin

    5 bawang merah dikupas, dicuci, diparut , 1 sendok makan air larutan kapur sirih (kapur sirihnya cukup seujung kelingking) dicampur, digosok ke perut,punggung,tengkuk dan kaki

    4. Kerokan

    2 bawang merah dikupas,dicuci,diparut lalu dicampur dengan 2 sendok makan minyak goreng

    5. Kerokan pada anak

    1 bawang merah dikupas,dicuci,dipotong jadi 2 lalu digosok-gosokan ke kulit anak, seperti kita sedang mengerok

    6. Hipertensi

    3 bawang merah, dikupas, dicuci, ditelah utuh atau diiris kasar dulu baru dimakan

    7. Bisul atau luka

    1 bawang merah dikupas, dicuci, diparut lalu ditempelkan ke bisul atau luka

    petua kupas bawang merah





    Hai, suri suri rumah dan bakal bakal suri dirumah sekalian.

    bila masuk bab kerja dapur, time kupas bawang merah la yang paling seksa. habis segala cecair bendalir mucus mengalir keluar. tapi bagi kaum mak mak, untie untie[yang moden dan selalu makan yang orang masak dikecualikan] biasa je kalau berdepan dengan bawang merah. rilek chill je. jeles jugak aku, agak agak petua apa la yang diorang amal kan? mungkinkah alah bisa tegar biasa? kalau macam tu kena tunggu 3 abad lagi la baru aku sampai karma tak-pedih-mata-bila-kupas-bawang-merah. lamaaaaa lagiii tuuuuu....

     
    biasanya kalau kenduri, aku takkan mampu mengelak dari buat tugasan mengupas bawang. seksa nya sampai tak boleh nak cerita. jalan penyelesainnya, buat buat muka kesian+sakit+tak tak boleh tahan untuk mendapat belas dari makcik makcik. untung untung boleh skip tugas kan?

    sebenarnya la kan, makcik makcik tu pun pedih mata jugak. takde la immune sangat pun. jadi mereka menggunakan petua supaya kurang sikit pedih mata tu. petua yang aku dapat adalah; cucuk seulas bawang merah pada hujung mata pisau yang diguna pakai untuk mengupas. insyaallah kuranglah pedih mata tu. kalau tak, habis la kering segala bendalir sebelum sempat siap kupas bawang yang maha banyak tu. kenduri kan biasanya pakai banyak bawang.

    bawang merah ubat diabetes

    Khasiat tolbutamide dalam bawang merah

    Bawang merah sudah lama menduduki tempat terhormat dalam ilmu kedokteran sebagai “obat” diabetes. Penelitian-penelitian modern memperlihatkan, bawang merah memiliki “kekuatan” menurunkan gula darah, dan dayanya dimiliki pada kadar yang ditemukan dalam makanan.

    Para peneliti India yang melakukan pemberian bawang merah, baik berupa jus maupun bawang merah “bulat” alias masih utuh, sebesar 25-200 gram pada subjek yang ditelitinya, mendapatkan bahwa makin banyak bawang merah yang diberikan, makin besar gula darah yang berkurang. Tak ada perbedaan antara bawang merah mentah dan bawang merah yang telah direbus.

    Menurut teori tim peneliti, bawang merah mempengaruhi metabolisme gula dalam hati, atau metabolisme pelepasan insulin, dan/atau mencegah perusakan insulin. “Agen” yang mungkin mempunyai kemampuan hipoglikemia, menurunkan kadar gula darah, aktif itu adalah allyl propyl disulfide dan allicin. Bukti eksperimen dan klinis menunjukkan bahwa allyl propyl disulfide menurunkan gula darah dengan cara meningkatkan “masa hidup” (lifespan) insulin.

    Sebenarnya, sudah sejak tahun 1923 ilmuwan-ilmuwan mendeteksi terdapatnya depressor gula darah dalam bawang merah, dan pada 1960-an, para peneliti berhasil mengisolasi senyawa antidiabetes dari bawang merah yang bekerja mirip dengan obat farmasi antidiabetes umum, dikenal sebagai tolbutamide, yang sering dipakai untuk mengurangi kadar gula darah. Cara kerja tolbutamide ialah merangsang sintesis dan pengeluaran insulin. Pada kelinci percobaan, ekstrak bawang merah memperlihatkan, 77 persen sama efektifnya dengan dosis standar tolbutamide.

    Hasil penelitian lain menunjukkan, bawang merah mempunyai efek menurunkan gula dan lemak darah. Oleh sebab itu, dianjurkan untuk menambahkan bawang merah ke dalam setiap hidangan makanan. Bawang merah dapat digunakan setelah makan dalam jumlah bebas.

    7 khasiat bawang merah

    7 Rahasia Bawang merah yang belum kalian ketahui




    1. Tekanan darah tinggi
    Sebanyak 1 siung bawang merah dikupas dan dicuci bersih dengan air. Siung yang sudah bersih ini dimakan utuh atau dalam bentuk potongan. Bisa juga dijadikan campuran acar mentimun.

    2. Sembelit
    Sebanyak 1 siung bawang merah dikupas dan dicuci yang bersih, lalu dimakan utuh atau sebelumnya diaduk dalam minyak kacang. Ulangi beberapa hari sekali sehingga sembelitnya hilang.

    3. Luka
    Sebanyak 1 siung bawang merah dikupas, lalu dihancurkan dengan cara digerus. Hancuran bawang merah ini dibubuhkan atau ditempelkan ke bagian yang luka.

    4. Bisul pada kulit
    Sebanyak 1 siung bawang merah berukuran sedang dibersihkan dan dicuci. Hancurkan dengan cara digerus, lalu dibubuhkan atau ditempelkan ke bisul.

    5. Trichomoniasis (jamuran pada vagina)
    Satu siung bawang merah dibersihkan dan dihancurkan hingga lumat. Dengan bantuan kapas, cairan bawang merah dibubuhkan ke bagian yang sakit.

    6. Penurun panas
    Sekitar 20 g umbi bawang merah dibersihkan, lalu diparut. Hasil parutannya dicampurkan dengan minyak kelapa. Campuran tersebut dibalurkan ke ubun-ubun dan sekujur tubuh sambil dilakukan pemijatan.

    7. Masuk angin
    Umbi bawang merah dikupas, lalu dibelah dan dikerokkan ke kulit badan (seperti kerokan). Bisa juga bawang merah diremas dan dicampurkan ke minyak kelapa. Campuran ini yang digunakan untuk kerokan.


    Catatan: Orang yang menderita sakit perut disarankan hanya memakan bawang merah dalam jumlah sedikit.

    kelebihan bawang merah





    BAWANG merah merupakan antara bahan wajib yang dimasukkan dalam setiap hidangan makanan kerana fungsinya sebagai ramuan masakan. Selain digunakan untuk memasak, bawang merah yang dihiris nipis dan digoreng, ditaburkan di atas pelbagai sajian yang berkuah atau bergoreng.

    Tahukah anda bahawa bawang merah juga bertindak sebagai ubat dalam merawat pelbagai penyakit kronik?

    Bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa var aggregatum, merupakan sejenis tumbuhan dalam kumpulan Aggregatum.

    Walaupun saiznya lebih kecil berbanding bawang besar, tetapi ia mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan dalam merawat penyakit yang serius. Kebanyakan pakar perubatan mendapati, bawang merah mampu mengurangkan risiko penyakit antaranya kanser. Selain itu, bawang merah juga bertindak sebagai penawar untuk melegakan sakit perut, menggalakkan rembesan kahak dan menambah aliran air kencing. Sementara itu, artikel yang ditulis oleh Dr. Barry Sears dalam bukunya yang bertajuk The Top 100 Zone Foods menyatakan, kajian menunjukkan individu yang makan bawang setiap hari, dapat mengurangkan kadar kolesterol.

    Tanaman bermusim ini memiliki umbi yang berlapis, berakar serabut dan daunnya berbentuk seperti silinder berongga. Umbi bawang merah mula terbentuk dari pangkal daun kemudian bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya. Akhirnya ia akan membentuk akar yang berlapis. Dalam proses penanaman dan kematangan bawang merah, tumbuhan ini memerlukan dua unsur penting, iaitu unsur nitrogen dan kalium.
    Ini kerana unsur nitrogen akan membantu perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun dan pembentukan cabang.

    Sementara itu, unsur kalium pula berfungsi untuk pembentukan gula, asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim dan meneutralkan asid organik. Dengan adanya kedua-dua unsur ini dalam penanaman bawang merah, proses pembentukkan akar pokok berjalan dengan lancar. Sekiranya bawang merah mengalami kekurangan kalium ia akan mengakibatkan tanaman bawang merah terganggu dan rosak.

    Bawang merah yang mengeluarkan percikan yang memedihkan mata ketika dihiris, mengandungi vitamin C, potasium, serat dan asid folik. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

    Beberapa penyelidikan mengenai khasiat bawang merah mendapati, bawang merah mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoid seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria, antiviral, antialahan dan antibengkak.
    Pengkaji dari India mendapati, lebih banyak kita makan bawang merah semakin rendah gula dalam darah. Mereka juga berpendapat, tiada perbezaan bawang merah mentah dan bawang merah yang direbus.

    Kajian terbaru menunjukkan, bawang merah mengandungi enam kali ganda kandungan fenolik berbanding bawang biasa. Kandungan tersebut membantu mengeluarkan toksin dalam badan. Bukan itu sahaja, bawang merah yang berasa manis ini, mempunyai saponins iaitu sejenis kimia yang dapat menghindarkan dan membunuh sel kanser. Ia akan mencairkan darah beku dan menunjukkan tahap tinggi antiplatelet yang baik untuk pesakit yang menghidap penyakit aterosklerotik, penyakit jantung, dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

    Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bawang merah juga dapat mengurangkan tahap gula melalui mengehadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukos.
    “Bawang merah bukan sahaja diminati kerana melazatkan hidangan tetapi ia merupakan sejenis sayur yang begitu tinggi nilainya dalam kesihatan,” jelas Profesor Persatuan Penanaman, Universiti Wisconsin, Madison, Irwin Golman.

    Dengan menikmati bawang merah setiap hari ia boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sebanyak 20 peratus. Kandungan prostaglandin A-1nya, iaitu sejenis agen yang kuat mengurangkan tekanan.

    Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

    penanaman dan kegunaan bawang merah





    Sama seperti sayur-sayuran yang lain, terdapat dua unsur penting yang diperlukan oleh bawang merah iaitu unsur Nitrogen (N) dan Kalium (K). Nitrogen (N) diperlukan oleh tanaman untuk perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun serta pembentukan cabang. Manakala Kalium (K) berfungsi dalam pembentukan gula, asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim, meneutralkan asid organik serta berperanan dalam pertumbuhan jaringan meristem. Pemberian kedua-dua unsur ini dapat membantu proses pembentukan umbi bawang merah. Kekurangan kalium bagi tanaman bawang merah akan mengurangkan hasil tuaian bawang merah.

    Bawang merah membiak dengan mengeluarkan tunas pada umbi, atau dikenali sebagai beranak. Anak-anak bawang merah boleh mencapai berbelas setiap pokok.
    Penuaian boleh dilakukan apabila semua daun bawang merah telah rebah iaitu sekitar 6 hingga 8 minggu selepas penanaman. Tuaian hendaklah dilakukan ketika cuaca kering agar bawang boleh disimpan lama. Penuaian perlu dielakkan selepas hujan kerana bawang akan mudah diserang fungus jika basah ketika dituai. Cara menuai bawang adalah dengan mencabut ia dari atas tanah dan kemudian dijemur sehingga semua daun atas kering.

    Daun bawang merah boleh digunakan sebagai tambahan rencah dalam masakan sup, sayur-sayuran, salad atau pun sebagai penghias lauk-lauk lain.



    bawang merah



    Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

    Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

    Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.




    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:31, 5 November 2011.

  • Terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • bawang merah -wikipedia

    bawang merah


    Bawang merah (bahasa Inggeris: Shallot) dikelaskan dalam famili Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan sejenis tanaman semusim, memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dan daun berbentuk silinder berongga. Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya, yang akhirnya membesar membentuk umbi berlapis. Jadi, umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan bersatu.





    Kegunaan Masakan

    Bawang merah adalah salah satu sayuran yang penting dalam bahan masakan Melayu, baik untuk masakan rumah tangga, dan juga sebagai bahan dalam industri makanan. Pengeluaran bawang merah pada masa ini di Malaysia masih tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama di saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi di Malaysia. Kebanyakkan stok bawang merah yang berada di pasaran Malaysia dimport dari negara India, bagi memenuhi permintaan tempatan di negara tersebut.[1][2]. Di Malaysia, masalah kekurangan stok bawang merah sering berlaku saban tahun khususnya di Sarawak,[3] ini kerana sektor pertanian bawang merah dijalankan secara kecil-kecilan di negara tersebut, tidak mampu menampung lambakan permintaan yang melebihi bekalan. Pengeluar utama bawang merah iaitu India pula sering mengalami masalah banjir yang menenggelamkan kebanyakkan ladang penanaman bawang merahnya, ini sekali gus mengakibatkan pengeluaran bawang merah di negara itu turut terjejas. Selain itu, harga siling bahan mentah makanan tersebut juga turut tidak menentu. Ini mendesak kerajaan Malaysia, untuk memikirkan langkah alternatif untuk menangani masalah ini antaranya mengesyorkan pengguna membeli bawang merah yang diimport dari Belanda atau China




    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:31, 5 November 2011.

  • Terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • bau mulut bawang putih





    Menyantap makanan gurih berbumbu bawang putih memang nikmat. Tapi karena ketajaman aroma yang tertinggal di mulut membuat orang tersiksa karena aroma napas jadi tak sedap dan membuat banyak orang jadi menghindari bawang putih. Jangan khawatir, ternyata ada cara mudah untuk menghilangkan bau mulut yang kurang sedap akibat bawang putih lho, yaitu dengan minum susu.

    Peneliti menemukan dalam percobaan yang dilakukan pada bawang putih, baik mentah atau dalam masakan, susu secara signifikan dapat mengurangi konsentrasi zat kimia yang membuat bawang putih memiliki aroma tahan lama.

    Seperti dikutip dari Daily Mail dan vivanews.com, ahli makanan dari Ohio State University menemukan bahwa dengam minum susu segelas kecil (200ml) dapat mengurangi AMS di pernapasan sebesar 50 persen. Peneliti juga menyebutkan, susu tinggi lemak lebih efektif dibandingkan susu skim dalam menghilangkan aroma bawang putih.

    Zat tersebut yaitu allyl methyl sulphide (AMS). Karena AMS tidak bisa terurai melalui proses pencernaan maka menyebar ke seluruh tubuh melalui keringat dan aroma napas. Meskipun bawang putih merupakan sumber vitamin, mineral serta membantu menurunkan tekanan darah dan kolesterol, ketajaman aromanya seringkali membuat orang malas mengkonsumsinya.

    mudah kupas bawang putih






    Apabila ada kenduri besar, kadang-kadang timbul masaalah dalam memproses mengupas bawang putih. Bagaimanpun terdapat cara mudah mengupas bawang putih. Letakkan minyak masak pada bawang tersebut dan gaul sama rata. Biarkan selama 2-3 minit. Selepas itu picit sahaja kulit bawang tersebut dengan tangan. InsyaAllah kerja anda menjadi lebih mudah dan cepat.

    22 khasiat bawang putih





    BERIKUT 22 khasiat dan manfaat bawang putih ;

    1. Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
    2. Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanker.

    3. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi.

    4. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

    5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.

    6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi.

    7. Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin A.

    8. Bawang putih mengandung vitamin B.

    9. Bawang putih mengandung vitamin C.

    10. Bawang putih mengandung kalsium.

    11. Bawang putih mengandung potasium

    12. Bawang putih mengandung antioksidan. Bawang putih mengandung karoten dan selenium

    13. Mengonsumsi 2-3 siung bawang putih sehari, akan menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung.

    14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi

    15. Meringankan tukak lambung

    16. Menurunkan kolesterol dalam darah

    17. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.

    18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh

    19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.

    20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah

    21. Menjaga stamina tubuh

    22. Mengandung khasiat antimikroba, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga memiliki antivitas sebagai antitumor.

    Namun seberapapun khasiatnya sebuah obat, jika tidak dimbangi dengan pola hidup sehat semua itu sia-sia

    bawang putih bantu pencernaan
















    Herba ini sangat baik untuk membantu pencernaan, kerana herba ini jika dimakan mentah akan merangsang merembes air liur untuk membantu pepsin (enzim pencernaan protien) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam badan. Herba ini sangat membantu perembesan enzim untuk proses pencernaan makanan yang kita ambil. Zat thiamine berfungsi untuk mencegah sembelit.

    Herba ini berfungsi menurunkan kadar LDL di dalam darah, dan menghalang pembentukan plak di jantung,jadi pengambilan herba ini sebagai pencegahan kepada penyakit kardiovaskular.

    Untuk fungsi penjagaan diri, getah bawang putih dikatakan sangat baik untuk tumit kaki yang pecah, caranya dengan menggosokan bawang putih yang telah dikupas di bahagian yang merekah, insyaALLAH tumit juga akan menjadi lembut. Herba ini juga sangat baik untuk luka yang bernanah,dengan menempelkan bawang putih yang telah dilumatkan ke luka yang telah bernanah, atau mencuci luka dengan bawang putih, namun rasanya sedikit pedih kerana bahan aktif aliisin berfungsi sebagai antibiotik yang menghalang pembentukan kulit,kuman dan bakteria.


    Herba ini juga sangat baik untuk mengubati arterioclerosis,arthritis,asma, kanser, masalah peredaran darah, selsema, insomnia, sinusitis(Resdung) dan jangkitan kulat.

    Namun, perlu di ingat Herba ini tidak boleh diambil oleh mereka yang menggunakan mesin Hemodialisis.

    hantaran bawang putih


















    didalamnya terdapat wajik @ pulut manis....
    boleh juga ditukar menjadi gula pasir...

    perihal bawang putih

    Bawang putih yang dikenal dengan nama ilmiah Allium sativum yang merupakan tanaman umbi yang biasa digunakan sebagai salah satu bahan rempah utama dalam berbagai masakan. Akan tetapi bawang putih tidak hanya dikenal sebagai tanaman rempah bumbu masak, bawang putih juga mempunyai khasiat luar biasa untuk dijadikan obat herbal.

    Bawang putih termasuk dalam family Liliaceae yang merupakan tumbuhan yang agak sulit ditentukan darimana asal mula tanaman ini berasal. Menurut Mrs. M. Grieve dalam karya bukunya yang berjudul ” A Modern Herbal ” mengatakan bahwa bawang putih didapati dari belahan dunia bagian utara dan selatan Siberia dan kemudian berkembang sampai ke selatan negara Eropa, tumbuh secara liar di Sicily. Mrs. M. Grieve menambahkan bawang putih kini tumbuh meluas di negara-negara seluruh penjuru negara dunia.

    Bawang putih telah masuk dalam buku-buku sejarah China terdahulu sekitar tahun 2000 SM. Selain itu ia juga disebut dalam kebanyakan dalam karya-karya sastra seperti Shakespeare, Chancer dan Danten. Bawang putih pada zaman dahulu dikaitkan menjadi sebuah benda mistis pada sebuah kepercayaan agama tertentu, namun hal itu sirna seiring berkembangnya zaman. Kini bawang putih dipercaya sebagai obat penawar berbagai jenis penyakit yang kronik, seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit-birit dsb.



    bawang putih Bawang Putih ( Allium Sativum )



    Khasiat dan Manfaat Bawah Putih (Garlic – Alii Sativi Bulbus) Untuk Mengurangi Lemak Darah (Kolesterol), Detoksifikasi Racun, Mengatasi Asma & Alergi

    bawang putih bantu kehamilan

    Riset menunjukkan bahwa mengkonsumsi bawang putih selama kehamilan mengurangi resiko komplikasi kehamilan pre-eclampsia(meningkatnya tekanan darah darah kandungan protein dalam urin). Studi-studi juga mengungkapkan bahwa bawang putih juga membantu menaikkan lambatnya berat badan bayi yang terlalu kecil.

    Bagaimanapun juga untuk ibu hamil disarankan untuk berkonsultasi dahulu dengan dokter seberapa banyak takaran bawang putih yang dibutuhkan sebelum mengkonsumsi bawang putih ataupun jika terdapat masalah seputar kehamilannya.



    Bawang_Putih




    Simpan bawang putih dalam wadah terbuka dengan sirkulasi udara yang baik. Jangan masukkan bawang putih ke dalam lemari es. Bawang putih baik digunakan dalam rentang waktu selama 2 bulan.

    khasiat bawang putih

    Khasiat bawang putih sudah tidak diragukan lagi. Selain mengandung beberapa vitamin penting seperti vitamin A, B dan C bawang putih juga berguna untuk menangkal serangan berbagai virus dan sebagai antioksidan alami.

    Bau tidak sedap dari bawang putih diakibatkan dari kandungan belerang di dalamnya yang justru membuat salah satu bumbu dapur ini mempunyai kekuatan penyembuh.







    Batuk

    Bawang putih dapat membantu membunuh bakteri dan virus penyebab penyakit flu serta virus lainnya. Selain itu mengkonsumsi bawang putih akan menambah nafsu makan. Kebanyakan kita enggan menyantap bawang putih mentah dikarenakan kandungan sulfur di dalamnya yang menyebabkan baunya sedikit menyengat di hidung.

    Dalam sebuah penelitan di Universitas Brigham Young di Utah pada tahun 1992, bawang tumbuk dalam minyak membunuh bukan hanya membunuh rhinovirus tipe 2 (penyebab umum flu), tetapi juga dua macam herpes (penyakit kulit menular) dan beberapa virus umum lainnya.
    Menambahkan bawang putih yang sudah dihancurkan kedalam susu dingin kemudian dipanaskan sebentar ± 2 menit, diminum selagi panas dipercaya dapat meredakan batuk yang menyerang.


    Kolesterol

    Kolesterol di bedakan dalam dua kategori High Density Lipoproteins (HDLs) dan Low Density Lipoproteins (LDLs), dimana HDLs tergolong yang baik sedangkan kebalikannya LDLs adalah yang jahat.

    Untuk penderita kolesterol, mengkonsumsi bawang putih dalam jangka waktu tertentu dipercaya ampuh menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Kandungan antioksidan dalam bawang putih inilah yang melawan lemak jahat dalam tubuh.

    petua beli bawang putih


    Nama Saintifik: Allium sativum
    Nama Inggeris: Garlic


    Bawang Putih mempunyai satu karektor tersendiri yang memberikan aroma dan rasa yang kuat serta tajam. Ia seolah terdiri daripada campuran pedas, pahit dan sedikit masam, bergantung kepada jenis masakan. Rasanya boleh diubah sama ada kuat atau menjadi lembut, hingga tidak dapat dikesan penggunaannya.

    Disebabkan ini ia menjadi bahan yang penting di dalam sesuatu masakan atau resipi di setiap negara. Sedikit bawang putih dapat ‘menaikkan’ aroma dan rasa masakan daging, ikan dan juga sayuran.

    Petua:

    Ketika membeli bawang putih, pastikan kepalanya kering dan tidak lembap serta masih terlindung di dalam kulit luarannya yang seakan-akan kertas. Jika umbi akar yang bewarna kehijauan kelihatan maka itu bermakna bawang putih sudah terlalu tua atau tidak dikeringkan dengan sepatutunya. Bawang putih yang terlalu tua akan terus merenyuk walaupun hanya dengan sentuhan lembut.



    bawang-putih

    elakkan ambil bawang putih berlebihan





    Bawang putih biasanya digunakan untuk menambah perisa masakan. Bagi sesetengah orang, adalah tidak sah jika tidak mancampurkan bawang putih ke dalam masakan kerana ia akan mengurangkan keenakan dan aroma masakan tersebut terutamanya nasi goreng dan mi goreng. bawang putih juga dipercayai mempunyai banyak khasiat. Walaupun begitu anda tidak boleh mengambilnya terlalu banyak dalam sehari kerana apapun yang diambil terlalu banyak akan mengakibatkan kemudaratan.

    Adakah anda tahu bahawa jumlah pengambilan yang sesuai diambil dalam sehari adalah tidak lebih dari 5 gram. Jika bawang putih diambil berlebihan, ia akan mengakibatkan nafas berbau, cirit-birit, muntah, asma, pengurangan kadar protein dan kalsium, dan akan menjejaskan kadar protein dan kalsium dalam darah.

    Bagi lelaki pula, pengambilan bawang putih yeng berlebihan akan mengurangkan kualiti dan penghasilan sperma.

    bawang putih ubat penyakit




    Tanaman dengan nama latin Allium Sativum ini termasuk bumbu dapur yang sangat populer di Asia. Ia memberikan rasa harum yang khas pada masakan, sekaligus menurunkan kadar kolesterol yang terkandung dalam bahan makanan yang mengandung lemak. Manfaat bawang putih bagi kesehatan sudah sangat populer di tengah masyarakat sejak zaman dulu. Selain sebagai pendongkrak stamina untuk berhubungan seks, bawang putih juga mampu manangkal flu, membasmi cacing perut, mengobati reumatik, dan meredakan insomnia. Selain itu, bawang putih mampu memerangi penyakit-penyakit degeneratif seperti hipertensi, stroke, jantung koroner, diabetes, ketidakseimbangan kolesterol dan kanker.
    Di negeri China, bawang putih dikenal dengan nama "suan". Orang China tidak hanya memasukkan bawang putih ke dalam masakannya, tapi juga mencampurkannya dengan teh. Itulah obat turun panas antibiotik. Orang India menggunakan bawang putih untuk menyembuhkan luka dan borok, sementara orang Jepang meminumnya dalam bentuk juice.

    Bagaimana konsumsi bawang putih di negeri kita sendiri? Di berbagai daerah di Jawa, penggunaan bawang putih untuk jamu tradisional belakangan sudah mulai dilakukan, terutama di daerah pedesaan. Di Sumatera Selatan, bawang putih banyak digunakan dalam pembuatan saus empek-empek.
    Makan bawang putih satu siung selama 2 kali seminggu setelah makan siang bisa membangkitkan gairah badan yang lesu menahannya dari ancaman berbagai penyakit. Pengobatan tradisional pun akhir-akhir ini sudah menggunakan campuran bawang putih. Alasannya, bawang putih telah diketahui bisa menangkal atau menyembuhkan banyak penyakit seperti TBC, influensa, antidiabetes, menurunkan tekanan darah tinggi, mengobati luka bakar, reumatik, mencegah keracunan hati, antikolesterol, dan sebagainya.

    bawang putih ubat jantung





    Bawang putih dikenal tak hanya sebagai salah satu bumbu penyedap masakan, tapi juga obat herbal sejumlah penyakit. Salah satunya karena bawang putih mengandung minyak atsiri yang bersifat anti-bakteri dan antiseptik. Sebuah studi baru menunjukkan, bawang putih memiliki potensi besar mencegah cardiomyopathy, suatu bentuk penyakit jantung yang merupakan penyebab utama kematian pada penderita diabetes. Seperti dikutip dari laman Times of India, pakar kesehatan Wei-Wen Kuo mencatat, penderita diabetes memiliki minimal dua kali lipat risiko kematian akibat penyakit jantung.

    Hasil studi menunjukkan, bawang putih dapat membantu mengontrol kadar gula darah tinggi abnormal yang terjadi pada penderita diabetes. Mereka menemukan bahwa tikus yang diberikan minyak bawang putih mengalami perubahan positif yang terkait dengan perlindungan terhadap kerusakan jantung. Perubahan tampaknya dikaitkan dengan sifat antioksidan kuat dari minyak atsiri yang terkandung dalam bawang putih. Para ilmuwan mengatakan, mereka mengidentifikasi lebih dari 20 zat dalam minyak bawang putih yang dapat berkontribusi memberikan efek penyembuhan.

    bawang putih -wikipedia

    Bawang putih ialah nama tanaman daripada genus Allium sekaligus nama daripada umbi yang dihasilkan. Umbi dari tanaman bawang putih merupakan bahan utama untuk ramuan dasar masakan Malaysia.



     Bawang putih




    Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

    Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
    Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.



     




     Laman ini diubah buat kali terakhir pada 18:45, 31 Oktober 2011.

  • Terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • Wednesday, 9 November 2011

    cekur ulam wanita bersalin






    Pokok ini membiak melalui umbisinya. Tradisi penanamannya juga dibuat melalui umbisi dan anak cekur yang masih kecil. Isi cekur berwarna putih dan baunya maung serta pahit. Namun begitu, ia sering dijadikan ulam oleh kaum wanita, terutamanya selepas bersalin.

    Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan di mana air rebusan ini diminum oleh penggemar herba tradisi ini. Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini dikatakan boleh mengekalkan keremajaan.Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah. Ia juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbisinya.







    Terdapat sejenis lagi cekur yang amat berkhasiat dalam tradisi perubatan Melayu. Cekur ini disebut sebagai cekur merah. Daunnya berwarna perang dan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu, tetapi ada juga spesies yang mengeluarkan bunga berwarna ungu.
    Untuk mengenal pasti jenisnya, gosokkan umbisi pokok ini pada empulur pisang. Jika benar ia dari spesies yang dimaksudkan, ia akan meninggalkan kesan kemerah-merahan pada batang pisang berkenaan.

    bunga cekur hitam





    cekur merah










    Dah lama pokok ni ada kat laman. Tapi saya tak pernah tahu yang rupa2nya ia adalah sejenis cekur. Selama ini saya ingat ianya tak lebih dari sejenis pokok hiasan yang keluarkan bunga kaler purple yang cantik.

    Namanya Cekur Merah dan termasuk dalam famili Zingiberaceae. Ohh takde la nak sebut nama famili dia tu kalu ada memember tanya, pakai sebut cekur merah je la... hehe


    Jom tengok fakta mengenainya:

    "Isi cekur merah boleh dibuat ubat untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kulit. Caranya adalah dengan mengambil isi cekur merah yang segar sebesar jari manis dan sepanjang 0.5 cm lalu dibersihkan dan dimakan. Selain berkhasiat ubatan, cekur merah ditanam sebagai pokok hiasan. Isinya boleh digunakan dalam masakan."

    urap pegaga daun cekur

    Urap Pegaga Daun Cekur




    Orang2 jawa memang suka makan urap2 macam ni, kira salah satu benda penting untuk nasi "ambeng"...alah nasi yang makan dalam dulang beralas daun pisang tu..dan di letak pelbagai variasi lauk, tapi semua lauk-pauk jenis kering2..tak boleh yang berkuah....Resipi urap ni biasa2 saja, macam orang lain buat juga...tapi mat letak juga lah resipi senang ni, kot2 ada sesiapa nak try buat nanti.....
    BAHAN-BAHANNYA :-)
    400 g pegaga yang telah siap di bersihkan, cuci dan tosk kering
    10 helai daun cekur yang muda, cuci, tos dan dimayang halus
    1 cawan kelapa parut putih
    1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan*
    3 biji cili merah*
    3 cm isi cekur*
    1 cm kunyit hidup*
    1 ulas bawang putih*
    6 biji bawang merah*
    1/2 inci belacan*
    1 camca teh gula*
    Sedikit garam*(*ditumbuk lumat)

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Pegaga tadi dibuang akarnya, hiris kasar. Daun cekur dimayang halus. Ketepikan. Kelapa parut tadi disatukan bersama bahan tumbuk lumat dan gaul rata2, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.
    2. Gaul kelapa tadi bersama pegaga dan daun cekur, rata2. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

    cekur batik

    cekur batik

    ayam masak lemak cekur






    Resepi:

    1 ekor ayam -nk guna ikan pn boleh gak...
    (dipanggang..ttp ibu nie tramat rajin so goreng jelh...)
    3 keping Tempe
    (pn sama dipanggang...ibu goreng gak...rajinkan menantu Mak!!!)
    santan pekat.
    Minyak untuk menumis
    Asam keping
    sedikit garam dan gula....
    daun cekur dihiris nipis2....

     
    Bahan A (Kisar)

    4 ulas bwg merah
    2 bawang putih
    4 biji cili padi (lagi best colour hijau tu...)
    sedikit ubi cekur
    sedikit belacan ( ibu xguna cz alah dgn belacan)
    *semua bahan A digoreng dlm minyak n pastu toskan dan baru dikisar....


    Cara:

    Guna minyak yang digunakan menggoreng bahan A tadi.
    Tumis bahan A yg telah dikisar sampai naik bau.
    Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
    Masukkan asam keping.
    Masukkan ayam dan tempe yang siap dipanggang/goreng.
    Masukkan garam dan gula secukup rasa.
    Tutup apa dan hiris daun cekur dan tabur di atas.

    Siap utk dimakan........