khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 11 February 2012

saffron -rempah paling mahal






Biasanya dalam masakan kita dah kenal dengan rempah-ratus seperti kulit kayu manis (cinnamon), ketumbar (coriander), jintan manis (fennel), jintan putih (cumin), halba (fenugreek), buah pelaga (green cardamon), bunga lawang, biji sawi, lada hitam, lada putih dll…tapi rasanya tak ramai yang biasa dengar pasal Saffron ni…
Ia berasal dari perkataan Arab, ‘Za’faran’ bermaksud kuning dan dalam bahasa melayu pula dikenali sebagai ‘Koma-Koma’. Sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan antara khazanah alam termahal di dunia. Terkenal sejak ribuan tahun dahulu dalam perubatan, wangian, pewarna dan perasa.
Sekuntum bunga Saffron hanya mengeluarkan 3 stigma merah dan proses pengutipan, pengasingan hinggalah kepada pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Bayangkan lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan untuk mendapatkan 1 kg Saffron kering. Sebab itulah ia antara herba yang paling mahal kan… tapi dalam masakan biasanya hanya digunakan sikit je untuk mendapatkan warna kekuningan dalam masakan. Sesuai digunakan sebagai pewarna dan mewangikan Nasi Minyak, Nasi Bukhari, Nasi Beriani dll…..



sumber dari:deardiary.azhira.com