khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday 12 February 2012

kas-kas biji popi ramuan ubat batuk





Ði Timur, biji popi putih memang biasa digunakan dalam masakan. Makanan India seperti kari dan rempah campuran mengandungi sejumlah kecil biji popi. Ia berfungsi untuk memekat dan menambah rasa dalam kari.

Manakala di barat pula, minyak daripada biji popi atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai oillette, digunakan untuk tujuan masakan dan pengganti kepada minyak zaitun. Jenis biji popi Eropah, papaver rhoeas, digunakan pula untuk dibuat cecair pekat atau sirap dan digunakan dalam sup dan kordial. Jenis ini juga turut dikenali sebagai ‘sakit kepala’ kerana apabila menghidunya boleh menyebabkan rasa pening sementara.

Sirap biji popi barat memiliki ciri-ciri anodin (mereda dan melegakan sakit) dan ekspektoran (menggalak rembesan kahak oleh salur-salur udara supaya ia lebih mudah dibatukkan). Manakala sirap biji popi timur memiliki ciri-ciri anodin dan narkotik (melegakan kesakitan). Ramuan ubat batuk dan sirap juga banyak dibuat daripada jenis biji popi timur. Ramuan daripada air rendaman biji popi dikatakan mampu digunakan untuk melegakan kesakitan telinga dan gigi.

Satu sudu biji popi mengandungi kira-kira 1.6 gram protein, 3.7 gram lemak, 2.5 gram karboohidrat dan 46 kalori. Biji popi juga mengandungi sumber mineral yang baik seperti mangan, kalsium, magnesium, fosforus, besi, zink, kalium dan selemium. Ia juga kaya serat dan mengandungi asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6.