khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 3 February 2012

lada putih ubat penyakit angin




Orang yang menghidapi penyakit angin dan sering merasa sejuk perlu minuman campuran berikut tiap-tiap hari. Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam .

Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. Campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu . Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. Sebuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan.

Ubat ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk.