khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday 26 February 2012

saffron -emas padang pasir






Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia.

Herba yang digelar ‘Emas Padang Pasir’ ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai ‘Spice King’, ‘Spice Queen’, ‘Vegatable Gold’, dan ‘Flower of Love’. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya ( excellent stimulant ) sejak dari dulu lagi.

Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Tumbuhan dengan nama saintifiknya ‘Crocus Sativus Linneaus’ telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah ( spice ) yang paling benilai dan berharga.

Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi : ‘Za’afaran’, Jepun : ‘Safuran’, Hindi : ‘Kesar’, China : ‘Fan Hong Hua’, Tamil : ‘Kungumappu’ dan Bahasa Melayu ‘Koma-Koma’.

Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek ( Prehistoric Greek ).

Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian ( Sepanyol ) sehingga ke Asia ( India dan China ). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan ( Mexico dan Argentina ). Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali.

Lebih dari 85 peratus ( kira-kira 400 tan metrik ) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India ( Jammu dan Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia ( sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron ).