khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 11 February 2012

buah keras -wikipedia





Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana.
Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika Dunia Baru dan Dunia Lama.


Pokok Buah Keras tumbuh sehingga 15-25 meter tingginya, dengan dahan-dahan yang merampak. Daunnya sederhana dan berbentuk telur, dengan tiga lobus (kekadang lima, tetapi jarang) dan hujung yang tajam. Panjangnya 10-20 sentimeter, dengan warna yang hijau pucat.
Bentuk kekeras bulat, dengan diameter sebanyak 4-6 sentimeter. Bijinya mempunyai kulit yang keras yang membolehkannya dijadikan lilin. Nama bahasa Inggeris untuk Pokok Buah Keras ini berasal daripada ciri bijinya ini.


sumber dari:wikipedia