khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 3 February 2012

penanaman lada putih di Malaysia





Menelusuri sejarah awal penanaman lada di Malaysia sebenarnya telah bermula sejak tahun 1910 lagi dan perkembangan tanaman ini di kepulauan melayu sejak tahun 1650. Sebab itu jika anda mengimbas semula sejarah penaklukan british dan juga menjadi tumpuan pedagang seluruh dunia ke Melaka suatu masa dahulu adalah antaranya untuk mendapatkan rempah ratus. 

Kita menyedari bahawa keperluan rempah ratus dibawa dari negara india, tetapi di kepulauan melayu juga kemudiannya telah ditanam dengan tanaman lada yang juga merupakan antara bahan untuk rempah.

Jika berpandukan rekod daripada kerajaan negeri johor, sebanyak 69,000 pikul lada telah dieksport pada tahun 1912. Ini menunjukkan bahawa ketika itu, bertapa pentingnya lada ketika itu untuk dihantar ke negara-negara beriklim sejuk bagi digunakan dalam masakan dan juga sebagai antara salah satu bahan pengawet bagi hasilan daging dan sebagainya. tanaman lada di Malaysia amat terkenal dengan penanaman komoditi ini di negeri Sarawak, bumi kenyalang. namun, selain sarawak, tanaman ini juga pernah ditanam di negeri johor. 

Tanaman ini mula diberi perhatian sejak tahun 1970-an. Pada ketika itu, Malaysia merupakan pengeksport utama dunia. Walau bagaimanapun, pada lewat 10 tahun kebelakangan ini ranking itu telah menurun akibat daripada pengeluar-pengeluar daripada negara-negara asing telah menyaingi pengeluaran Malaysia kerana mereka juga nampak akan potensi tanaman ini dipasaran dunia. Kini negara vietnam menduduki tangga teratas dalam pengeksportan lada dunia apabila antara tahun 2008-2010 negara berkenaan mengeksport sebanyak 95,000 tan lada diikuti Brazil sebanyak 32,000 tan, India 25,000 tan, Indonesia 27,764 (kedudukan india dan indonesia dibandingkan juga dengan jumlah pengeluaran hasil ) dan Malaysia menduduki peneksport dunia di tangga yang ke-5 dengan jumlah eksport komoditi ini sebanyak 14,500 tan.

Potensi besar dalam pasaran dunia ke atas permintaan lada ini telah membuka mata banyak negara-negara lain untuk turut melabur dalam industri tanaman lada. Antara negara yang mula meningkat naik adalah China yang berada ditangga ke-6 dunia dengan jumlah eksportnya kini sebanyak 7,000 tan metrik. angka ini pastinya berubah dari tahun ke tahun dan Malaysia perlu dilihat sebagai kuasa besar dan memainkan peranan selaku penentu harga dunia apabila melakukan sesuatu untuk menggandakan jumlah penegluaran dan eksport dunia sekaligus menjadi dominasi kepada negara-negara pengeluar yang lain.