khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 11 February 2012

minuman herba buah pelaga





Minuman amalan harian untuk menambah kesihatan tubuh dengan melancarkan aliran darah, membuang angin tidak baik dalam badan, mengurangkan lelah, sakit sendi, sengal-sengal tulang, meningkatkan imuniti terhadap penyakit dan kecergasan . Secara tidak langsung menambah tenaga batin bagi lelaki dan perempuan. Amalkan selama 44 hari.
(Ramuan: Kayu Manis, Buah Pelaga, Lada Hitam, Cengkih, Bunga Lawang, Kunyit dan Halia)

Khasiatnya:

  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin-angin dalam badan
  • Menghilangkan rasa letih
  • Membuang toksid
  • Menambah tenaga dalam
  • Menghilangkan sakit sendi
  • Melegakan kembung dan senak ulu hati
  • Mengembalikan kecergasan badan
  • Memulihkan ketahanan badan
  • Menghilangkan sengal-sengal tulang

Cara guna:

Rendamkan 1 uncang ke dalam segelas air panas mendidih selama 10/15 minit lalu diminum waktu pagi dan malam. 1 uncang boleh digunakan untuk 4 gelas air. Tidak disyorkan mengulang guna uncang yang telah diguna melebihi 1 hari. Sebelum minum hendaklah dibaca Bismillah dan selawat terlebih dahulu. Amalkan minum selama 44 hari. Rendaman campuran serbuk rempah ratus tersebut boleh juga dimakan.