khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 10 February 2012

ketumbar -wikipedia




Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, iaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih attau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm.


kegunaan

Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.[

Daun

Daun ketumbar lain rasanya dari benihnya, iaitu lebih banyak rasa sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun" atau bau hamis. Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasa kimia sintetik phenylthiocarbamide; namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan.[2]

Daun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan (khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole dari Mexico. Daun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Daun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar. Dalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilanagan besar dan dimasak hingga hilang rasanya.[3]) Daun ketumbar cepat rosak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan.
 

Buah

Buah ketumbar kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar apabila dihancurkan rasanya seperti limau kerana hadirnya terpena linalool dan pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren.

Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.

Biji ketumbar dijadikan rempah (Hindi: धनिया dhania) dalam membuat garam masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama jintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar panggang atau dhana dal juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan ramuan utama dua masakan India Selatan iaitu sambhar (Bahasa Tamil: சாம்பார்) dan rasam (இரசம்). Biji ketumbar direnih dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.
Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk menjeruk sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat boerewors). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam roti rai sebagai pengganti jintan.

Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan beberapa jenis bir yang tertentu, khususnya bir gandum di Jerman. Biji ketumbar ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.

Akar

 
Akar ketumbar lebih kuat rasanya berbanding daunnya.[4] Akar ketumbar digunakan untuk memasak pelbagai hidangan Asia, terutamanya masakan kuah dan pes kari Thai.