khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday 12 February 2012

kas-kas digunakan dalam salad





Kas-kas adalah biji popi yang sudah matang atau masak menjadi perencah penyedap dalam masakan oleh masyarakat India.

Kas-kas digunakan dalam penyediaan nasi beriani dan masakan kari seperti kari kepala ikan.Kas-kas juga digunakan oleh masyarakat India untuk memekatkan kuah kari dan menaikkan rasa kuah tersebut. Kas-kas dihancur halus dan digaul bersama kuah.

Kas-kas juga adalah salah satu bahan dalam indusri pembuatan bahan makanan seperti roti. Ia digunakan dalam penghasilan roti jenis kek dan bread roll di negara-negara Barat dan juga digunakan sebagai bahan perasa dalam salad.

Dari sudut perubatan dan kecantikan, kas-kas digunakan bagi mengurangkan sakit badan. Ia dicampur dengan air dan dijadikan air herba. Kas-kas boleh dijadikan losen badan bagi tujuan melembutkan kulit badan.