khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Monday 27 February 2012

nasi jintan manis






Bahan2:-

41/2 cawan beras basmati-(Di basuh, rendam sekejap,basuh & tos)
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar minyak sapi ganti dengan majerin
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 bunga cengkih
2-3 daun pandan
11/2 kiub vegetable stok
4-5 sudu besar plain yogurt
5-6 cawan air-(ikut jenis beraslah ya)
2 biji cili hijau dibelah tak payah putus
2 sudu besar susu cair
garam + secubit perasa

Cara2:-

Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.
Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu.
Masukkan lada hijau,serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh & tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.
Biarkan masak macam masak nasi biasa.



sumber dari: chequesuechekgu.blogspot.com