Terdapat dua jenis lengkuas yang biasa dijumpai. Lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya verwarna putih kekuningan manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah dan lebih besar.
Selain kegunaan utama sebagai rempah dalam masakan, lengkuas juga mempunyai khasiat yang membangkitkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu serta ubat menguatkan tenaga. Lengkuas juga dapat digunakan bagi merawat penyakit bengkak limpa dengan cara merebus 2 buku lengkuas sebesar ibu jari, 3 ketul temu lawak sebesar ibu jari dan segenggam daun dukung anak serta 3 cawan air sehingga mendidih. Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari, pagi dan malam.
Lengkuas juga mampu mencairkan kahak,Ia digunakan bagi merawat bronkitis. Caranya 2 ketul lengkuas, 2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air diminum pagi dan malam.
Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat reumatoid. Ia juga berkesan bagi rawatan penyakit kulit seperti panau dan kurap. Kaedah rawatannya adalah dengan mengetuk rizom lengkuas hingga hancur dan digunakan untuk menggosok bahagian kulit yang dijangkiti. Lengkuas banyak digunakan dalam industri membuat kosmetik dan jamu. Minyak pati lengkuas mempunyai ciri antiseptik.
sumber dari:jie2melaka.blogspot.com