khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 2 March 2012

lengkuas -amalan tradisi





Rizom lengkuas digunakan untuk meransang aktiviti pencernaan dalam perut (stomachic).
Balutan rizomnya yang ketuk dapat digunakan untuk merawat reumatik, demam, lemah tenaga batin, bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong), dyspepsia (ketidakhadaman makanan) dan diabetes (kencing manis). 
Jus daripada rizomnya yang dicampurkan dengan air kencing manusia dapat mengurangkan bisa gigitan ular tedung.
Rizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit bawang putih dan cuka dapat digunakan sebagai rawatan herpes (penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus).




sumber dari: lamanayahsu.blogspot.com