khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Showing posts with label limau purut. Show all posts
Showing posts with label limau purut. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

Nasi Limau Purut




Resepi dari Chef yang cukup popular dan juga adalah antara Chef yang menjadi kesayangan ita. Orangnya cantik manis dan ada tahi lalat pemanis di tepi hidungnya yang mancung bak seludang..
Sangat lemah lembut sekali tuan punya diri baik dari segi tutur kata dan perbuatan dan memang menjadi idola ita..

Chef yang ita maksudkan ialah Chef Zaidah Mohd Noor. Resepi, ita ambil dari buku masakan beliau Citarasa Malaysia 1000 Resepi Unggul. Buku ini merupakan koleksi terbaik dari beliau dan menghimpunkan 1000 resepi yang perlu di cuba dan dirasa. Insyaallah ita akan cuba satu persatu kerana semuanya nampak sedap dan semestinya sedap sebagaimana resepi yang akan ita kongsikan ini.
Kepada yang suka masak2 tu bolehlah dapatkan senaskah buku ni sebagai koleksi kesayangan. Tak rugi beli buku masakan ni kerana ia adalah koleksi yang boleh di simpan turun temurun..

2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau

Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.





sumber dari: azlitamasammanis.com/

Saturday, 19 April 2014

Jeruk Limau Purut Anti Nyamuk







Jangan buang kulit limau purut. Kulit buah Citrus hystrix itu mampu mengusir nyamuk Aedes Aegypti dan Aedes albopictus, penyebab demam berdarah. Itu hasil penyelidikan Roy Nusa Rahagus Edo SANTYA, penyelidik di Pusat Teknologi Campur tangan Kesihatan Masyarakat, dan Joni Hendri, penyelidik Loka Litbang Kawalan Penyakit berpunca Binatang, Kudat Jawa Barat. 

Ekstrak kulit limau purut mampu memberikan perlindungan selama 6 jam pada ujian yang dilakukan pada kurungan mengandungi masing-masing 25 nyamuk. Perlindungan rata-rata ekstrak yang diperoleh dari hasil peperasan hidrolik itu sebesar 34,82% terhadap A. Aegypti dan 41,44% terhadap A. Albopictus. Meski tidak baik sebagai bahan kimia, kulit oren boleh menjadi alternatif penolak nyamuk. 

Khasiat Limau Purut

1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.

2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.

3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.

4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.



Apakah khasiat Limau Purut? 

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi. 

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat (kantor). 

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan. 





sumber dari: noormalashahar.com.my/

Thursday, 26 December 2013

berjanji ketika akan diturunkan ke alam dunia






Semula jadi di sebut juga pengasalan atau asal muasal. disebut demikian karena memang ke ilmuan yang satu ini melakukan prosesi pengasalan atau meng asal jeruk purut dari mulaiada hingga tumbuh di alam dunia. kenapa demikian? menurut alkisah, konon dahulu kala limau purut atau jeruk purut yang bentuk buahnya berkerut kerut pernah berjanji ketika akan diturunkan ke alam dunia.

Untuk lebih mengenal buah jeruk purut, Jeruk atau limau/limo purut, jeruk sambal, jeruk pecel (Citrus × hystrix DC.) merupakan tumbuhan perdu yang dimanfaatkan terutama buah dan daunnya sebagai bumbu penyedap masakan. Dalam perdagangan internasional dikenal sebagai kaffir lime, sementara kalau di Thailand namanya adalah ma kruut (Thailand), krauch soeuch (Kamboja), ‘khi ‘hout (Laos), shouk-pote (Burma), kabuyau, kulubut, kolobot (Filipina), dan truc (Vietnam).

Janjinya,..
”Barang siapa ada yang mengetahui asal kejadianku maka semua permintaannya akan kuturuti, kalau tidak kuturuti maka aku akan dilaknat Allah”

Untuk jadi peringatan: ke ilmuan ini merupakan suatu budaya turun temurun…tentu saja karena sudah disakralkan oleh semua turunannya maka dalam mengijazahkan ke ilmuan inipun tidaklah boleh diberikan sembarangan.

Pernah suatu waktu seseorang mendapat carikan kertas berisi ke ilmuan ini selanjutnya dihafal dan di cobanya. namun tidak ada tuah yang didapatnya, bahkan seseorang tersebut sakit parah kemudian diobati oleh banyak tabib, namun tidak kunjung sembuh.

Apalagi ke ilmuan ini disalah gunakan misalnya untuk mencelakai orang, maka lambat laun yang menyalah gunakannya akan mendapat ganjaran yang mengerikan.


Jeruk purut terdiri dari dua macam atau sepasang .
Yang satu disebut jantan dan satunya lagi disebut betina.
keduanya memiliki perbedaan bentuk dan perbedaan kegunaan.
Jeruk purut jantan bagian bawah tampuk lebih menonjol sehingga ketika didudukkan akan tetap terguling, sementara jeruk purut betina dibagian bawah tampuk berlubang kedalam sehingga apabila didudukkan tidak akan terguling.



sumber dari: alfi9.wordpress.com

losyen limau purut mak dara




losyen-limau-purut-mak-dara



sumber dari: bahagia2u.com

Sunday, 4 August 2013

project i... Sayur dan herbs





Yang ni pulak project i... Sayur dan herbs untuk masak2... Macam rajin memasak aje...hehe... Adalah pokok pandan, serai, kari, kunyit, bunga kantan, lada merah, cili padi, selasih, daun kesum, limau purut, limau kasturi, kangkung....


sumber dari: lilawati.blogspot.com

Wednesday, 26 June 2013

citrus taste




KAFFIR LIME LEAF


Kaffir Lime Leaves are a popular ingredient in South East Asian cooking, such as Indonesian, Lao and Thai. They grow in pairs and have an intense flavour of citrus. Add one Kaffir Lime Leaf to Jasmine rice before steaming to give it a citrus taste or stir leaves through laksa or stirfrys towards the end of cooking.


sumber dari: gewurzhaus.com.au

Saturday, 1 June 2013

FRIM ada membangunkan produk yang mengandungi Kesum dan limau purut





Semasa sidang akhbar
Yasmin (kiri) dan Nor Azah (kanan) semasa sidang akhbar.


24 Mei 2012 (Khamis) – Pos Malaysia telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk melancarkan koleksi baru setem dan barangan Filateli bertemakan tumbuhan beraroma  iaitu Limau Purut, Kesum dan Pudina yang akan dijual kepada orang ramai mulai hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat Pos Malaysia di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2012, Yasmin Ramly yang merupakan Ketua Setem dan Filateli Pos Malaysia berkata koleksi menampilkan tiga tumbuhan beraroma ini dalam bentuk setem RM5  pada lembaran mini (limau purut), setem RM 1 (Pudina) dan 60 sen (Kesum).

Beliau berkata lembaran mini yang dicetak di negara Belanda yang memaparkan imej Limau Purut ini adalah yang pertama seumpamanya yang mengeluarkan wangian segar pati limau purut apabila permukaannya digosok.


Gambar petugas
Gambar petugas yang menjayakan acara di tempat pameran produk selepas selesai majlis pelancaran.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan FRIM dan kami berharap pengeluaran setem dan produk Filateli ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan umum tentang keistimewaan tumbuhan dan alam semulajadi di negara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Dato’ Khalid Abdol Rahman.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pengurusan Korporat FRIM Puan Norhayati Nordin, Pegawai Perhubungan Awam, Puan Azmarizawati Zainal Azhar, Ketua Program Pembangunan Produk Herba, Dr Ali Mohamad Nor Azah dan Pegawai Penyelidik, Puan Mailina Jamil.

FRIM juga mempamerkan dua produk yang telah dibangunkan melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunanyan (R & D), iaitu FORESTRA™ Whitening Hand & Body Lotion dan Aromatherapy Bodywash (yang  dibuat dari ekstrak Limau Purut) serta Digesto Digestive Drink (yang dibuat dari ekstrak Kesum) di majlis tersebut.

Ketua Pengarah FRIM Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata permintaan produk berasaskan herba semakin meningkat dan  selaras dengan itu terdapat peningkatan kebimbangan di kalangan pengguna mengenai isu-isu keselamatan dan kualiti bahan mentah dan produk.

“Dalam hal ini, FRIM ada  membangunkan produk yang mengandungi phytoextract Poligonum minus (Kesum) dan Citrus hystrix (limau purut) di mana produknya telah ada di pasaran dan dijamin Selamat. Kerjasama dengan Pos Malaysia in diharap akan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang  nilai komersial serta perubatan tumbuhan herba tersebut, bukan hanya sebagai bahan penambah rasa dalam masakan, ” tambah beliau.


FRIM adalah sebuah pusat konservasi ex-situ tumbuhan ubatan dan aromatik yang mempunyai  lebih daripada 200 spesies ditanam di Taman Ethnobotani di kampusnya di Kepong dan juga di Stesen Penyelidikannya di Maran, Pahang.


sumber dari: frim.gov.my

Saturday, 17 December 2011

cake -lapis limau purut




102_2949102_2960102_2953102_2975

Go Green

hati masak limau purut


hati masak daun limau purut



hati masak daun limau purut 2


Bahan-Bahan:
½ kati hati lembu (direbus hingga empuk)
5 helai daun limau purut (dibuang tengahnya dan dikoyak-koyakkan)
6 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
4 ulas bawang putih 2 hiris halia (dihiris halus)
½ camca besar ketumbar
½ camca teh jintan manis
½ camca teh jintan putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Hati lembu dipotong kecil-kecil. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, jintan manis dan jintan putih digiling hingga lumat. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah digiling tadi hingga garing. Masukkan sedikit pati santan jika suka, kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Masukkan garam dan gula secukup rasa ke dalamnya sambil digaul rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

buah limau purut muda

mandi bunga n limau

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.



Persiapan Bunga
Persiapan Bunga. Tujuh jenis bunga, tujuh biji limau nipis, tujuh biji limau purut dan air masjid.





Persiapan Bunga
Persiapan Bunga. Menggunakan bunga-bungaan yang serba wangi dan segar.

limau purut tanamnya mudah

 

MASIH BELUM TERLAMBAT

 
 
 
 
 
 
Limau purut tanamnya mudah
Pokoknya menghijau buahnya lebat

Jumpa saudara dan sahabat semuanya sudah

Jika yang belum masanya belum terlambat

mandi limau

 



Limau purut or Kaffir lime by Siti khadijah bt mohd nahar.

:
-terkena gangguan mahkluk halus
-suntuk membuang bisa-bisa badan
- lenguh sendi, menghindari
- memulihkan tenaga
- me
 iwa
-hilang ingatan
-badan berbau
-Baik untuk membuang bisa-bisa badan
- lenguh sendi, menghindari
- memulihkan tenaga
- menghindari migrain
- memperkuat tenaga batin dan masalah mati pucuk untuk lelaki.

sabun sintok limau purut

sabun sintok limau purut amat baik untuk menambah kan aura badan.
Keluaran bumiputera. 
Di perbuat daripada bahan-bahan semulajadi.
Setiap orang mengalami perbezaan kesan baik daripada sabun ini.

limau purut in silat

Limau purut also plays an important part in the rituals of some forms of the Malay art of self-defence, silat.
It is normally used in the ritual of bathing after graduation where the limau purut fruit is cut and blended with plain water and then students are bathed as part of spiritual bathing by their Malay silat master.

The reason it is used in silat is that it is said to have some special qualities, like invigorating the senses during self-defence training.

Perhaps its fragrant and sharp odor contain elements that provide some peculiar and distinctive aromatherapic properties to the brain.





Besides the silat rituals, limau purut is also used in the cleaning of keris, the deadly Malay weapon, and other iron or metal-based utensils. Besides being a good cleanser of rusts, the juice is also a great anti-rust agent.
Cleaning the keris is done by swiping the keris with the half-cut fruit and ensuring its juices are spread on both sides of the keris. The keris is then finally cleaned and rinsed with plain water. Periodic cleaning of the keris will ensure its longevity by keeping rusts at bay.

ikan goreng n sos limau purut

Salam ceria semua..apa khabar hari ni?
Moga semuanya diberikan Allah SWT kesihatan yang baik.
Hari ni saya nak cerita pasal satu resepi yang baru saya cuba.
Wahh..tak sangka, masakan ni memang sangat sedap dan lain dari yang lain.
Aroma daun limau purut tu memang sangat harum dan membangkitkan selera.





Bahan:
2 ekor ikan bawa/talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam (saya pon)
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak


Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

kulit limau ubati ketagihan

Assalammu’laikum wbt kepada sidang pembaca sekalian.
Masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di dunia kini semakin berleluasa.
Masalah ini merupakan virus yang amat dasyat yang boleh merosakkan agama, bangsa dan negara. Penulis telah mendapat suatu petua daripada seorang hamba Allah yang mendapat alamat ini berdasarkan mimpinya.

Namun demikian, tidak ada salahnya mencuba petua ini.
Namun perlulah bertawakkal sepenuh hati dan ikhlas dan berazam tidak lagi menyentuh benda2 yang diharamkan oleh agama. Petua ini pernah diberikan kepada seorang rakan kepada hamba Allah tersebut dan terbukti nafsunya terhadap dadah, rokok dan alkohol sudah tiada lagi seperti sebelumnya, insyaAllah…









Cara penyediannya:

1. Kulit limau purut dipisahkan daripada isinya dan dikeringkan di bawah sinaran matahari sekering-keringnya.
2. Kemudian, kulit yang telah dikeringkan ini direbus dan air rebusan tersebut diminum.
3. Sebelum meminum air rebusan ini, bacalah ayat seribu dinar disertai dengan keyakinan sepenuh hati akan pertolongan Allah, dan bertawakkal bahawa Allah akan memberikan kesembuhan atas ketagihan itu.
4. Amalkan meminum air ini setiap hari sebaik sahaja bangun dari tidur.
5. Amalkan sehingga sembuh.


Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit bersama dengan ubatnya kecuali mati. Selamat mencuba.

kulit limau hindari ular

 



Masyarakat kampung selalunya menjadikan buah limau purut sebagai bahan menghindarkan ular dari masuk ke dalam rumah. Caranya ialah dengan menaburkan kulit limau purut di tempat2 yang dipercayai selalu dimasuki ular... *nauzubillah*

Selain itu, limau purut juga baik untuk atasi masalah kelemumur dan rambut kering. Caranya, hiriskan limau kemudian dilumur dan disentalkan di kulit kepala. Biarkan sehingga kering baru dibilas dengan air bersih.
Ada juga yang mencampurkan perahan air limau purut ini dengan sedikit santan sebelum dilumur di kepala. Seelok-eloknya dilakukan seminggu sekali. Rambut kita InsyaAllah akan jadi hitam, lebat dan terhindar dari keguguran.

limau purut jadi batu?