khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Showing posts with label halba. Show all posts
Showing posts with label halba. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

Une formule du fenugrecque "Halba" (en arabe)






اخواني اليوم عندي علاج من تجربتي بالحلبة لى الحمام الزجل

احضر لتر ماء مغلي -

جهز ثلاث الى اربع ملاعق اكل من الحلبة المطحونه -

اخلط الحلبة في الماء المغلي واتركه لمدة 12ساعة -

بعدها قدمها لطيورك لمدة عشرة ايام تقريبا

الحلبة مقويه عموما وتمنح الطيور القوة والمناعة عن الأمراض بأذن الله

مجرب لدا العديد من ابطل المغاربة

اتمنا من لله ان يستفيد الجميع مع الف تحياتى لمحبى اسامة
مع تحياتى


sumber dari: colombophilie-maroc.purforum.com

Rfissa traditionnel



La "rfissa"est un plat marocain que l'on prépare dans certaines occasions,pour les femmes qui viennent d'accoucher, cela favorise la monter de lait, et cela redonne des forces, c'est un plat trés nourrissant et qui a le mérite de trés vite rassasié
Ce plat doit aussi sont gout a la fameuse " halba" fenugrec!




sumber dari: saidacuisine.canalblog.com

Saturday, 14 September 2013

menambahkan susu






Memandangkan hasiat halba ni banyak dan bagus untuk kesihatan mama pun praktikkan ...tujuan utama mestilah untuk menambahkan susu..mama just rendam halba kedalam air panas sebanyak 1/2 sudu kecil...mama minum kat opis jer....elok lakan nak buang angin sekali..maklum la kita ni opis pakai air-cond..silap ari bulan mau sengal2 badan kita ni..lagi pun ianya mudah didapati..kat Giant, Tesco malah Carrefour berlambak..cari jer kat area rempah ratus tu...mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana rupa halba tu kan..meh sini mama tunjuk


sumber dari: ladyflowerfist.blogspot.com

Kelebihan Halba






Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.

Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

"Gunakanlah Halba sebagai ubat"

Memang Halba itu baik!! mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternatif semasa mak saya berubat dulu!!

Kalau orang Johor... selalunya masak nasi lemak letak halba nih...
Untuk naikkan wangi nasi lemak tuh...

Kalau tak tahu gak... tanya lah parent, pasti dia org tahu apa itu halba...

KEGUNAAN HALBA

1. Diminum sebagai teh untuk

- Melancarkan haid

- Menghilangkan kembung,sebu dan senak

- Pencuci perut

- Menguatkan jantung

- Menghilangkan lendir tekak

- Melegakan sakit kepala/migraine

- Membuang angin

- Menyembuhkan buasir

- Senggugut

- Merangsang rahim

- Kegemukan

- Kurang berat badan

- Mengawal kencing manis

- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah

- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh

- kecergasan

- kekuatan badan

- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu

- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.


sumber dari: insanmusafir.blogspot.com

halba campur






Halba campur adalah terdiri daripada berbagai jenis rempah saperti jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi.
Kebiasaannya halba campur ini banyak digunakan untuk menumis masakan kari ikan selain dari daun kari untuk menambah wangi dalam masakan itu.


sumber dari: hanieliza.blogspot.com

Nasi Lemak Harum Halba -e-na






Bahan-bahan ( 4 orang )

  • * 2 mug beras (dicuci bersih)
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air(ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
  • * 1/2 inci halia (di ketuk / dihiris )
  • * 1 sudu kecil halba
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan

Cara Membuatnya :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.
  2. Masak nasi seperti biasa. Kacau sedikit semasa nasi mendidih dan ketika nasi hampir kering supaya santan bergaul rata.
  3. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, bilis goreng, sambal sardin, kangkung rebus atau apa sahaja lauk kegemaran anda.
  4. Nasi Lemak ini akan mengeluarkan bau yang sangat harum ketika mendidih. Pasti perut terasa tak sabar untuk menikmatinya. Selamat mencuba!


sumber dari: e-nalovelykitchen.blogspot.com

Monday, 2 September 2013

khasiat halba menakjubkan



Halba adalah rempah ratus yang sering digunakan untuk masakan. Bila saya terbaca sebuah hadis, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud ” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”(books of sufi healing)


image


Ambil dalam bentuk kapsul yang paling mudah


image

Rasullullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud “Gunakanlah halba sebagai ubat” (qamus Al-Tibb)
Banyak khasiat yang didapati apabila kita mengambilnya dalam makanan atau dalam bentuk minuman cuma bila minum tahu ajelah rasanya taklah sedap, tapi yang pasti, InsyaAllah memang bagus untuk tubuh badan. Saya ambil dalam bentuk kapsul, mahal le sikit tapi senang, telan aje.

image

Buku untuk rujukan….

image

Dalam Bartram’s encyclopedia of herbal medicine:
1-2 sudu teh halba(tumbuk bagi pecah) dengan 1 cawan air dan rebus di atas api yang kecil selama 15 minit. minum air dengan halba.
Cubalah amal mengambilnya selama 3 bulan. InsyaAllah akan ada rasa kelainan pada tubuh badan….
Wanita arab suka mengambil halba ni untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba menambahkan susu badan.

Baik untuk orang yang menghidap kencing manis, menurun paras gula tapi kena hati2 juga janganlah biarkan paras gula terlalu rendah, bahaya nanti(Bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis), Ia juga merendahkan kolesterol, membantu melegakan batuk yang kronik, bengkak gusi, pembuka selera, sakit dalam perut, hernia dan banyak lagi manfaatnya.

Halba senang didapati di kedai2 runcit dan di supermarket. Murah pulak tu. Selamat dimakan sebab tu halba sering dimasukkan dalam masakan. Selain berkhasiat halba juga mengharumkan masakan.
Kita tidak akan dapat merasakan kebaikan satu2 herba itu pada tubuh badan melainkan mengambilnya untuk satu jangka masa, cubalah selama dua tiga bulan.


sumber dari: kasihilmar.com

Saturday, 27 July 2013

Thursday, 13 June 2013

Bubur Lambuk Kak Ida




img_32021


Bahan2 :
  • Beras secukupnya
  • minyak utk menumis
  • Bwg putih cincang *
  • Bwg besar cincang*
  • Halia diketuk*
  • 1 kulit kayu manis*
  • 3-4 biji buah pelaga*
  • 3-4 bunga cengkih*
  • 1-2 bunga lawang*
  • 1 sudu kecil halba*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 1 sudu besar serbuk dashi/kiub ayam
  • daging dihiris nipis
  • segenggam udang kering
  • 1 helai daun pandan diikat
  • santan secukupnya
  • garam secukupnya
  • lada sulah secukupnya
  • daun2 yg dihiris halus (saya guna daun kunyit,daun kesum,daun basil,daun limau purut,daun ayah Aiman beli yg x tau namanya…apa2 daun pun boleh)
Caranya :
  1. Rebuskan beras dan daging dgn air secukupnya. Msk hingga lembut
  2. Dalam kuali lain,tumiskan bhn2 bertanda *
  3. Kemudian masukkan bhn2 (2) ke dlm (1)
  4. Masukkan semua bahan2 yg lain..msk hingga empuk.Sedia utk dimakan.Boleh la taburkan bwg goreng,celery..


sumber dari: ida81.wordpress.com

Wednesday, 8 February 2012

halba campur masak kari





Halba campur adalah terdiri daripada berbagai jenis rempah saperti jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi.
Kebiasaannya halba campur ini banyak digunakan untuk menumis masakan kari ikan selain dari daun kari untuk menambah wangi dalam masakan itu.




nasi halba mak lang






halba campur






halba elakkan pusat bayi tak tersembul




tunggul pusat bayi yang sudah gugur perlu dijaga agar tidak tersembul.
ambil sedikit halba dan jintan hitam dibungkus jadikan seperti uncang atau bantal kecil.
letakkan uncang tersebut di atas pusat.
kemudian pakaikan barut seperti biasa.
INSYAALLAH lama kelamaan tunggul pusat akan tenggelam.
cara ini dapat mengelakkan kembung perut bayi.



teh halba bustea



Halba dan kecantikan...rahsia alam kepada manusia.
Resipi ini banyak khasiatnya, malalui pembacaan didapati resipi ini baik untuk menyembuhkan masalah jerawat jika diamalkan. Resipi ini dikenali sebagai BUSTEA! Bukan sahaja untuk banyakkan susu bagi ibu yang menyusu tetapi untuk wanita yang ingin mencantikkan payu dara boleh la diamalkan.




Senang sahaja penyediaan nya..
  • Didihkan halba dengan air sehingga tinggal separuh.
  • Setelah itu, tuangkan ke dalam gelas.
  • Biarkan halba 3 ke 4 jam direndam sebelum diminum.
  • Lebih lama lebih baik.
  • Boleh juga ditambah jus limau dan madu untukm memberikan rasa yang lebih sedap.





halba dan rakan-rakan







kandungan halba



Fenugreek seeds (Methi dana)


Melalui penelitian yang terus menerus maka bisa diketahui jika herbal seribu manfaat Hulbah / Fenugreek mengandung banyak sekali kandungan dan Nutrisi yang sangat bermanfaat, diantaranya adalah :
  1. Diosgenin
  2. Yamogenin
  3. Tigogenin
  4. Neotigogenin
  5. Alkaloid trigonelina
  6. Lisin
  7. L – triptofan
  8. Steroida
  9. Sapogenin
  10. Gitogenin
  11. Trilin
  12. Diosin
  13. Flavonoid vitexin
  14. Enzim



sejarah halba



Fenugreek seeds (Methi dana)


Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut:

biji halba yang hangus di Tell Halal, Iraq (pentarikhan radiokarbon: 4000 SM);

biji halba yang hangus di kota Lachish (Zaman Gangsa);

biji kering di makam Tutankhamen.

Cato si Lebih Tua menyenaraikan halba bersama-sama dengan klover dan vec sebagai tananam yang ditumbuh untuk makanan lembu (De Agri Cultura, 27).

Para Harim di Mesir di kasih maka Hulbah demi merawat kecantikan dan memperbesar payudaranya





teh halba






putu halba






nasi lemak halba kak ngah



Nasi Lemak & Sambal Udang