khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Showing posts with label kayu manis. Show all posts
Showing posts with label kayu manis. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

Nasi Kabsa





nasi arab kabsa


3 cawan beras Basmati, 
Beras Basmathi King Jasmine Special Super Long Aromatic Variety  
direndam 30 minit dan ditos
4½ cawan air rebusan kambing
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan sos tomato
1 inci halia dimayang halus
1 labu bawang besar di potong dadu
                                                           3 sudu makan minyak zaitun
saffron / pewarna kuning

Bahan menumis
1 batang kulit kayu manis
2-3 bunga cengkih
1 bunga lawang
3-4 buah pelaga

Penyediaan Kambing
3-4 keping daging kambing
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketembar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 inci halia dimayang halus
garam
Semua bahan direbus hingga daging kambing empuk


Cara Masak Nasi Kabsa
Tumis bahan menumis.  Bila terbit bau, masukkan bawang besar dan halia.  Kacau sehingga terbit bau
Masukkan serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam.
Masukkan beras.  Kacau sehingga hampir kering.
Masukkan air rebusan kambing.  Masukkan sos tomato dan masak hingga kering.

Gunakan garpu untuk mengembur-gembur nasi.  Titik 5-6 titik pewarna kuning dan tutup periuk nasi.  Biarkan 5 minit dan sekali lagi kuis dan gembur nasi dengan berhati-hati supaya nasi tidak pecah.


kambing panggang

Air rebusan daging kambing digunakan untuk memasak nasi , kambing ini boleh digril atau dipanggang dengan dipercik-percik minyak zaitun.

nasi kabsa ayam



sumber dari: bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com

Monday, 2 September 2013

Friday, 5 July 2013

bunga lawang si kayu manis.....




Bunga Lawang Di Susun Dengan Kreativiti Sendiri



sumber dari: kootation.com

Es Wedang Pokak







Bahan A:
* 50 g gula pasir
* 600 ml  air

Bahan B:
* 1 btg sereh, memarkan
* 2 lbr daun  pandan, sobek-sobek
* 3 btr cengkih
* 1 bh bunga pekak/bunga lawang
* 2 ruas jahe, memarkan
* 1/2 sdt lada bubuk
* 1 btg kayu manis

Cara Membuat:
* Masak bahan A sampai mendidih, masukkan semua bahan B, lanjutkan merebus selama 10 menit. Angkat, biarkan dingin dalam panci tertutup.
* Saring, tuang ke dalam gelas saji. Beri es batu sesuai selera.


sumber dari: tabloid-nakita.com

Aroma Kulit Kayu Manis








sumber dari: hasnah60.blogspot.com

Saturday, 29 June 2013

Hilangkan Nafas Berbau






Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ?

Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.



sumber dari: maugemuk.com

Friday, 28 June 2013

menghasilkan dakwat






DAKWAT daripada kulit buah delima dan buah manjakani? Mungkin agak pelik didengar tetapi itulah bahan mentah utama yang digunakan untuk menghasilkan dakwat pada zaman dahulu. Dakwat unik ini digunakan untuk menulis seni khat.

Bukan hanya kulit buah delima dan buah manjakani boleh dijadikan dakwat, malah beras, bunga lawang dan cengkih turut mampu dijadikan dakwat.

Walaupun hanya terhad kepada warna-warna tertentu sahaja, tetapi dakwat tradisional ini mampu divariasikan warnanya dengan menggunakan bahan semula jadi lain, contohnya daun pandan untuk mendapatkan warna hijau.

Selain itu, penggunaan halia, kunyit dan kulit kayu manis untuk dijadikan dakwat juga mampu mengeluarkan bau wangi pada dakwat.

Menurut Pereka Kaligrafi Institut Al-Quran Terengganu (IAT), Mohd. Shafiq Mohamad, 22, dakwat tradisional ini amat mesra alam dan hasil dakwat berwarna hitam lebih hitam daripada dakwat yang ada di pasaran sekarang.

Katanya, kesukaran untuk mengadun dan memproses bahan mentah tersebut menyebabkannya tidak digunakan pada zaman ini.

"Faktor pelbagai jenis dakwat yang ada di pasaran sekarang lebih mudah didapati menjadikan dakwat tradisional tidak relevan untuk digunakan dalam menulis khat," katanya.

Beliau ketika ditemui KOSMO! di kiosnya sempena Pameran Keunggulan Jawi di Muzium Negeri Terengganu yang berlangsung selama dua bulan bermula 18 Mac lalu menambah:
"Jika ia diadun dengan cara yang betul, ia boleh menjadi dakwat berkualiti setaraf dengan dakwat yang dihasilkan di luar negara".

Katanya, pelajar di IAT juga diberikan pendedahan dalam mempelajari cara-cara membuat dakwat daripada bahan-bahan tersebut.

"Dakwat tradisional untuk menulis seni khat ini kebiasaannya disimpan di dalam bekas khas dengan dimasukkan benang sutera kasar atau span ke dalamnya.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mata pen daripada cepat rosak dan juga mengelak dakwat tersebut melekat terlalu banyak ketika menulis," katanya.

Tambah Mohd. Shafiq, cara pembuatan dakwat yang dihasilkan daripada kulit buah delima adalah dengan membakar kulit buah delima masam sehingga menjadi arang.

Ia kemudiannya dicampur dengan susu cair dan gam Arab cair yang boleh didapati di mana-mana kedai.
"Seterusnya, ia dijadikan beberapa ketulan kecil dan dikeringkan di tempat teduh sebelum boleh digunakan.
"Gam Arab adalah ramuan wajib digunakan dalam proses membuat dakwat tradisional ini yang bertujuan untuk menjadikan dakwat tersebut melekat pada permukaan yang hendak ditulis," katanya.




Katanya, bagi menghasilkan dakwat berwarna merah, jenis buah yang boleh digunakan ialah buah manjakani atau buah keras.

Buah berkenaan, katanya, perlu ditumbuk atau dikisar sebelum dicampurkan dengan air mawar.
"Kemudian adunan ini dijemur di bawah panas matahari selama 40 hari sebelum dimasak dengan api yang kecil sehingga mengeluarkan cecair berwarna merah.

"Ia kemudian ditapis sebelum dicampur dengan gam Arab dan ditapis buat kali kedua sebelum boleh digunakan," katanya.

Beras yang dijadikan nasi dan merupakan makanan ruji penduduk Asia juga mampu menghasilkan dakwat berwarna coklat tua jika diadun dengan cara yang betul.
Katanya, beras perlu dikeringkan dan digoreng sehingga bertukar warna hitam sebelum ditambah dengan air dan gam Arab.

"Jangan tidak tahu pula, jelaga juga mampu dijadikan dakwat apabila dicampurkan dengan air, garam, gam Arab, buah keras, sulfat besi dan sedikit madu.
"Kesemua bahan tersebut kecuali jelaga, perlu dimasukkan ke dalam periuk di atas api kecil dan dikacau sehingga dua jam," katanya.

Tambah beliau, bahan-bahan berkenaan kemudian ditapis dengan kain jarang dan sebelum ditambah dengan jelaga itu, ia perlu dimasak selama setengah jam.
Katanya, apabila sudah masak, ia sekali lagi perlu ditapis dan dimasukkan ke dalam botol sebelum digunakan untuk menulis seni khat.

"Namun, faktor kepayahan pembuatannya menyebabkan penggemar seni khat tidak lagi menggunakan dakwat tradisional dalam menghasilkan karya masing-masing.
"Selain tidak mampu bertahan lama di permukaan yang ditulis, ia juga perlu dibuat dengan cara yang betul dengan berpandukan kepada sukatan yang diberikan," katanya.
Kini, katanya, penciptaan dakwat pelbagai jenama di pasaran dengan pelbagai kualiti tidak memungkinkan penulis seni khat menggunakan dakwat tradisional ini lagi.

"Bagaimanapun, selepas mengetahui kulit buah delima boleh dijadikan dakwat yang lebih bermutu tinggi, mungkin ramai penggemar buah delima akan berfikir dua kali sebelum mencampakkan kulit buah berkenaan seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya.


sumber dari: kosmo.com.my

Thursday, 13 June 2013

Bubur Lambuk Kak Ida




img_32021


Bahan2 :
  • Beras secukupnya
  • minyak utk menumis
  • Bwg putih cincang *
  • Bwg besar cincang*
  • Halia diketuk*
  • 1 kulit kayu manis*
  • 3-4 biji buah pelaga*
  • 3-4 bunga cengkih*
  • 1-2 bunga lawang*
  • 1 sudu kecil halba*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 1 sudu besar serbuk dashi/kiub ayam
  • daging dihiris nipis
  • segenggam udang kering
  • 1 helai daun pandan diikat
  • santan secukupnya
  • garam secukupnya
  • lada sulah secukupnya
  • daun2 yg dihiris halus (saya guna daun kunyit,daun kesum,daun basil,daun limau purut,daun ayah Aiman beli yg x tau namanya…apa2 daun pun boleh)
Caranya :
  1. Rebuskan beras dan daging dgn air secukupnya. Msk hingga lembut
  2. Dalam kuali lain,tumiskan bhn2 bertanda *
  3. Kemudian masukkan bhn2 (2) ke dlm (1)
  4. Masukkan semua bahan2 yg lain..msk hingga empuk.Sedia utk dimakan.Boleh la taburkan bwg goreng,celery..


sumber dari: ida81.wordpress.com

gotong royong bubur lambuk Sri Keramat Tengah AU4





Bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun pandan digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bubur lambuk


Bahan-bahan yang digoreng dimasukkan ke dalam bubur lambuk beserta dengan minyak gorengan


sumber dari: hulukelang.com

Kamu pernah makan Telur Pindang ?






rebus berhari-hari
dengan pelbagai herba dan daun
antaranya .. halia , lengkuas , kulit kayu manis , serai , cengkih , pelaga
daun manggis , daun senduduk , daun jambu batu
( maklumat di Gugel di Wikipedia )
( sebab bila tanya Ibu saya .. dia kata.. macam-macam dia letak .. dan saya lupa apa ‘ macam-macam ‘ itu  )


sumber dari: drsingapunyablog.wordpress.com

BUBUR PAYASAM BIHUN SUFI




Photo: BAHAN-BAHAN (3 - 5 org makan)
150g Bihun Sufi
2 senduk penuh gula
3 sudu makan sagu
Sedikit garam
1 tin susu cair
Gajus (mengikut selera masing-masing-digoreng dengan minyak sapi terlebih dahulu)
15 biji kismis
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Minyak sapi
7 gelas air (kalau pekat boleh tambah air)

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Tuang susu cair dan air di dalam satu periuk. Biarkan mendidih.
2) Sementara itu, hancurkan Bihun Sufi mentah dgn cara mengenggam, kemudian di goreng sebentar bihun ini dengan 1 sudu minyak sapi. Masukkannya bihun tadi ke dalam susu yang sedang mendidih. Masukkan juga sagu, gula dan garam. Biarkan mendidih sepenuhnya.
3) Sementara itu, goreng kulit kayu manis, buah pelaga, gajus dan kismis sehingga keperangan.
4) Setelah sagu kembang, masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalamnya payasam.

Minum suam-suam. SELAMAT MENCUBA!



BAHAN-BAHAN (3 - 5 org makan)

150g Bihun Sufi
2 senduk penuh gula
3 sudu makan sagu
Sedikit garam
1 tin susu cair
... Gajus (mengikut selera masing-masing-digoreng dengan minyak sapi terlebih dahulu)
15 biji kismis
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Minyak sapi
7 gelas air (kalau pekat boleh tambah air)

LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Tuang susu cair dan air di dalam satu periuk. Biarkan mendidih.
2) Sementara itu, hancurkan Bihun Sufi mentah dgn cara mengenggam, kemudian di goreng sebentar bihun ini dengan 1 sudu minyak sapi. Masukkannya bihun tadi ke dalam susu yang sedang mendidih. Masukkan juga sagu, gula dan garam. Biarkan mendidih sepenuhnya.
3) Sementara itu, goreng kulit kayu manis, buah pelaga, gajus dan kismis sehingga keperangan.
4) Setelah sagu kembang, masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalamnya payasam.

Minum suam-suam. SELAMAT MENCUBA!



sumber dari: facebook.com

Wednesday, 11 January 2012

pewarna rambut kayu manis



kopi pekat kayu manis

kopi tubruk pake kayu manis

pokok kayu manis berbunga



kayu manis menambah selera

Sape tak kenal kulit kayu manis memang anehla aku rasa sebabnya kalau perempuan yang banyak jerawat, kulit kayu manis ni boleh dikira macam kekasih hati. Mau taknya, selagi parut tak hilang, selagi tu ditenyeh sampai lebam. tonyoh dik! tonyoh lagi!



0789203464.interior03 Kulit Kayu Manis Boleh Gemukkan Badan?



Selain kerap digunakan untuk hilangkan kesan parut, kulit kayu manis bertindak sebagai membuang angin berlebihan dalam badan malah boleh legakan rasa sakit kat badan. Tapi aku rasa ramai tak tahu kulit kayu manis ni boleh buat korang punya selera makan tu makin bertambah. Kalau terasa nak gemukkan badan, bolehla selalu amalkan.

Caranya dengan letakkan sedikit sentuhan kulit kayu manis dalam hidangan takpun dalam makanan harian tu, korang tabur aje la dengan serbuk kayu manis. Mesti terbuka selera makan tu.

kayu manis -cinnamon rolls










cinnamon-rolls.jpg

kayu manis hindar bau mulut






Kayu manis merupakan rempah-rempah berbentuk kulit kayu yang biasa dimanfaatkan sebagai penambah cita rasa masakan atau kue. Selain itu, herba ini juga dikenal memiliki berbagai khasiat, termasuk mengurangi bau tak sedap yang keluar dari mulut saat berpuasa.


Berkat khasiatnya itu, kayu manis dikembangkan sebagai bahan campuran permen karet, industri jamu, dan produk kecantikan. Sifat kimia kayu manis ialah hangat, pedas, wangi, dan sedikit manis. Kandungan zat kimianya antara lain minyak asiri, safrole, tanin, sinamadehide, eugenol.


Riset terbaru di Amerika Serikat menunjukkan, penggunaan kayu manis dalam permen karet dapat mengatasi masalah bau mulut. Rupanya kayu manis tidak hanya mampu menyamarkan aroma yang tak sedap, tetapi juga mengandung zat yang dapat menurunkan konsentrasi bakteri di dalam mulut.


Untuk memanfaatkan kayu manis sebagai obat kumur penghilang bakteri penyebab bau, cukup mudah. Rebus dua batang kayu manis dengan air secukupnya hingga mendidih. Setelah dingin, airnya dapat digunakan sebagai obat kumur.

sabun kulit kayu manis





Sabun Kecantikkan Milysa merupakan sabun yg diperbuat daripada Kulit kayu Manis dgn Campuran Minyak Kelapa Dara Asli.
Sabun ini bertindak sebagai:-
Menegang dan menggalakkan pertumbuhan sel baru kulit serta merawat tisu rosak.
Bertindak sebagai Antiseptik.
Mengekalkan kelembapan kulit.
Merawat Parut, jerawat, jeragat serta mengurangkan bau badan.
Menghilangkan kehitaman dicelah2 tubuh badan.
menjadikan otak sentiasa berkembang dan menguatkan ingatan.
Baunya dapat membuatkan paru2 berfungsi dgn baik.







muffin kulit kayu manis











 

lemak coklat si kayu manis