khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Thursday, 14 November 2013

Nasi Kabsa





nasi arab kabsa


3 cawan beras Basmati, 
Beras Basmathi King Jasmine Special Super Long Aromatic Variety  
direndam 30 minit dan ditos
4½ cawan air rebusan kambing
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan sos tomato
1 inci halia dimayang halus
1 labu bawang besar di potong dadu
                                                           3 sudu makan minyak zaitun
saffron / pewarna kuning

Bahan menumis
1 batang kulit kayu manis
2-3 bunga cengkih
1 bunga lawang
3-4 buah pelaga

Penyediaan Kambing
3-4 keping daging kambing
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketembar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 inci halia dimayang halus
garam
Semua bahan direbus hingga daging kambing empuk


Cara Masak Nasi Kabsa
Tumis bahan menumis.  Bila terbit bau, masukkan bawang besar dan halia.  Kacau sehingga terbit bau
Masukkan serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam.
Masukkan beras.  Kacau sehingga hampir kering.
Masukkan air rebusan kambing.  Masukkan sos tomato dan masak hingga kering.

Gunakan garpu untuk mengembur-gembur nasi.  Titik 5-6 titik pewarna kuning dan tutup periuk nasi.  Biarkan 5 minit dan sekali lagi kuis dan gembur nasi dengan berhati-hati supaya nasi tidak pecah.


kambing panggang

Air rebusan daging kambing digunakan untuk memasak nasi , kambing ini boleh digril atau dipanggang dengan dipercik-percik minyak zaitun.

nasi kabsa ayam



sumber dari: bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com