khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday, 27 November 2013

Paling pantas diproses dan diserap






Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi (lebih tinggi dari pisang), kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang diserap tubuh serta-merta. Ini berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide) sebagai kandungan asasnya. Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Oleh yang demikian, makanlah kurma ketika berbuka puasa kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak yang terdapat di Bazaar Ramadhan. Minum juga bersama dengan minuman protein whey sekiranya anda ingin meminimakan penurunan otot sepanjang bulan puasa, kemudian solat manghrib dahulu. Sentuhlah makanan yang lemak dan “berat” hanya sesudah anda selesai solat maghrib.

Tetapi masalahnya, berapa ramai yang mengikut peraturan ini di Malaysia? Berapa ramai yang berbuka dengan makanan yang paling ringkas dahulu sebelum menjamah sesuatu yang berat kemudiannya?

Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad



sumber dari: sususejat.com