khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Thursday, 14 November 2013

berkesan untuk pencernaan





image


Teh jintan paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu kejang perut dan melegakan sembelit. Herba ini juga dikatakan boleh merangsangkan detoksifikasi, dapat merawat gejala2 PMS dengan mengawal hormon estrogen dan juga membantu meningkatkan keinginan seksual. Manfaat kesihatan yang lain ialah menurun paras kolesterol ldl, meningkat sistem imun, menghalang pembentukan gas dalam saluran usus, melegakan asma, batuk dan tonik untuk buah pinggang. Herba ini boleh dikunyah untuk menyegarkan bau nafas.

Bagi saya yang sangat menarik tentang jintan ni, dikatakan boleh membendung selera makan, meningkat tahap tenaga, menghalang rasa lapar dan membantu dalam mengurangkan berat badan! :)
1 tsp jintan manis ( crush the fennel lightly) + 1 cawan air panas. Di rendam selama 5-10 minit, tapis dan boleh maniskan dengan madu. Minuman ini sesuai untuk siapa-siapa nak diet hehe..


Teh jintan manis ini tidak sesuai bagi wanita mengandung.



sumber dari: kasihilmar.com